Friday 23 March 2012

Mayat Bergelimpangan di E-11-5

al-kisahnya Malam nie aku terpaksa bersengkang mata sebab nak siapkan slide presentation untuk esok...tak buat karang, tak de markah. Maka berusaha la aku seadanya..aKu buat kerja bertemankan lagu yang aku pasang kat lappy ni dan volume sengaja aku pasang 100% (menggunakan "headphone",,,tak guna headphone kang, mengamuk pula member bilik sebelah)..Keadaan sekeliling aku dah tak endah..
Pusing sana, pusing sini , buka-buka facebook kejap, buka-buka twitter jap , buka-buka youtube jap...alih-alih dah beberapa jam aku duduk depan pC dengan slide powerpoint yang masih suci, bersih dan murni. Oleh kerana dorongan rasa haus aku pun tanggalkanla 'headphone' dan mencari lah air kat dapur, manalah taw ada member-member yang buat air, boleh aku 'paw' seteguk dua.
aku keluar dari bilik dengan rasa selamba badak..tiba kat dapur....oh tidak!!!!!!!!!!!!!oh My GoD!!!!!!!!!
OH NO!!!!
Aku gosok mata aku berkali-kali, aku betul-betul tak percaya dengan apa yang aku lihat..tak cukup dengan mengosok mata, aku cubit pipi aku, sakit!! tak percaya lagi..aku tampar muka aku sendiri sekuatnya..SAKIT!!
so, maknanya betullah apa yang terpapar di hadapan mata aku sekarang ni...
aku nampak Mayat bergelimpangan. bukan satu tapi tiga. aku terdiam, terkaku seketika..terfikir nak jerit ke tidak..sebab aku memang elergik dan takut sangat-sangat dengan benda-benda macam ni. kalau aku jerit, aku nak panggil siapa? papa, akak, abang..? mereka kat sabah.. nak panggil siapa?
Aku tak pasti siapa manusia mana yang kejam yang telah membunuh arwah-arwah ni..tapi yang aku pasti, arwah-arwah ni memang banyak musuh.
Sepengalaman aku, arwah-arwah ni selalu, boleh dikatakan setiap saat buat onar dalam rumah ni. Dah puas di halang tapi kedegilan arwah-arwah ni menganggu hak milik orang rumah ni memang menyakitkan hati dan jiwa raga. Maka, memang tidak heran la mereka ni di bunuh. Dari pengamatan aku, arwah-arwah ni di bunuh dengan racun, sebab tiada percikan darah di mana-mana..

Gambar hiasan semata-mata...


sedang aku cuba nak membuat pelbagai konklusi berdasarkan apa yang aku belajar dalam kelas, tiba-tiba aku ternampak satu lagi mangsa yang tertiarap dan susah hendak bergerak..aku pasti dia pun berada di ambang kematian..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
yang pasti aku hanya terkejut pada mulanya, kerana aku benar-benar gembira sebab arwah yang menjijikan pada hayatnya itu mati jua akhirnya..bermakna kurang juga populasi LIPAS di rumah ini...

sekian itu sahaja kisah aku malam ni.. lepas ni aku nak berusaha menyambung kerja aku yang tergendala tadi..
jumpa lagi next entry...

bye..

No comments: