Sunday 30 June 2013

8 cara mengenalpasti lelaki penyayang

  • Suka Haiwan

Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok
reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang
mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada
pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil
beri tulang atau isi makanan. Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu
contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih
sayang dia.

  • Suka Kanak-Kanak
Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kataDr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak
sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.

  • Berat Akan Orang Tua
Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia
lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai
hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya
meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

  • Berat Akan Adik-Adik
kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah hubungannya
dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka
bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodoh saje bila si adik ingin
beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza
dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya
menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

  • Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-
rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh.
Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu
dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja
menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

  • Pandai Menjaga Hati Pasangan
Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah
bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk
menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan
bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak
senang hati

  • Susah Marah
Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat
melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau
tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macamni korang berhati-hati la..

  • Sentiasa Murah Dengan Senyuman
Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek
langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang
diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang
memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik
dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian.

=========================
setakat nie sahaja manda konsikan..tapi jgn cepat menilai taw..manusia nie boleh berubah..& yang penting banyak yang pura2 taw...^^ bye..jumpa lagi next entry..

Saturday 29 June 2013

Tips Suami Isteri ^^



1. Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah ke tempat kerja masing-masing.

2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah, tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

3. Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

4. Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda mengambil berat dan memberi peluang pasangan meluahkan perasaan.

7. Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah politik semasa sebelum tidur.

8. Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan, jangan biar berlarutan walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari.

9. Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting ada berada disisi.

10. Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang.

11. Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah, berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

12. Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

13. Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, memakai pakaian dalam yang seksi atau apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

14. Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar, teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

15. Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

16. Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

17. Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama untuk menyelesaikannya.

18. Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.

19. Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.

Sunday 23 June 2013

Kecewa Dan Bunuh Diri?

entry malam nie aku nak tulis sebab baca artikel ni..
Hidup nie pelik...bila kita merancang...kadang2 tak tercapai..ada je masalah..
ada je dugaan..
ada je halangan muncul....
bukan kerana kita gagal atau Tuhan tak mengizinkan kita mencapainya,
tetapi kerana Allah ciptakan sesuatu yang lebih indah, lebih baik kelak....

Menangis?! selalunya itu yang akan kita lakukan...
aku sendiri pun akan buat perkara yang sama...
tetapi bukanlah menyesali takdir Tuhan..tapi menangis kerana tidak tertanggung 
beban dan kadangkala menangisi dosa kita sendiri...

sedih...kecewa..marah...dan 1001 rasa lagi...
tak salah....itu perkara normal...
cuma cara kita menyalurkan rasa itu yang BAGAIMANA???

ada yang melampiaskan rasa kecewa itu pada org sekeliling...
SALAH!!!
kenapa?
kerana org sekeliling kita, x kira la family, kawan mahupun kekasih..
adalah anugerah yang tak ternilai..
jangan kerana masalah kita kehilangan 
orang yang peduli tentang kita..terutaamanya family dan kawan2..

ada juga yang bunuh diri...
opsss...ini terlebih sudah...
dah hilang pedoman sangat ke??
kalau putus cinta nak bunuh diri..bengong ke apa...
tak dapat pun pengorbanan paling bermakna...
orang label bodoh adalah...


Maybe akan ada kata..ko apa tau!!!ko tak rasa aku rasa!!
SILAP!!!
aku tau semua perasaan tu sebab aku pun 
manusia..
yang tak lari dari semua tu..
dugaan hidup manusia sama jer sebenarnya..
cara kita hadapi dugaan tu bagaimana...
jika kita lari..masalah tu akan mengejar..
tanpa pilihan kita kena hadapi dengan tabah dan kebijaksanaan..
bijak mengalirkan arus TENANG..jangan biar bisikan syaitan membuakan marah kita
kepada kerosakan kita kelak akhirnya...

ermm..maaf andai terkasar bahasa..
setakat nie je la entry Amanda malam ni...
salam ukhwah semua..
bye..

Nota kepala lutut : Jom tenangkan diri..kalau marah, jom minum air...jom senyum...paksa pun takpe...biar orang senang hati nak menengok,,,,