Saturday 31 December 2011

Secebis kisah SPM 2008

hahhaha....happy new year....hari nie hari terakhir kita berada dalam 2011..maka,esok pastinya kita akan rindu dengan hari nie..aku nak kenang time spm dulu2...best...kenangan yg sweet...dengan ex-classmate form 5 dulu...ceritanya cam nie...


masa tu paper agama islam..aku bangun pagi tu dengan semangat zaman..tapi bukan la semangat rock gitu..terkedek2 la aku pergi mandi dan bersiap2 seadanya..time tu banjir,maka, aku terpaksa berjalan sejauh 1 km tuk naik bas..kereta x dapat nak masuk p jalan kg aku masa tue...meredah banjir la aku pagi2...sejok giler air tue..semangat lagi nie...


naik bas....bruuuuuuuu...tet..tet...tet...lebih kurang bunyi enjin van yg aku naik...xtaw nape,mybe kena masuk air banjir kot..


sampai kat sekolah, macam biasa la..pagi2 bergosip2 kejap tanya, dok usha apa yg member dok belajar kat umah..time tu x silap aku,time  posa,nak gosip sal artis,(x boleh oh...)


tapi alhamdullillah, paper hari tue selamat di jawab dengan bahagianya, sebab pengawas peperiksaan tue baik2 jer bagi "can" jawab lebih masa sikit...hahaha...tapi masa tu aku la paling awal siap, bukan sebab aku pandai dapat jawab semua, tapi aku dok tggal soalan yg aku x dapat jawab(pst: jgn tiru style nie..k)


opps..lupa nak cerita..oleh kerana masa tu dewan kami kena renovate,kami duk jawab exam dalam kelas laaaa,alkisahnya, time tu kami jer student yang ada,yg muslim jer, x ramai..budak2 tingkatan lain pun sekolah bagi cuti...best la dorang...


kat sekolah kami nie banyak monyet2,kami x yah g zoo..monyet@ kera ni memang manja gitu, x takut la...biasa jer..dorang dapat makanan dari sisa makanan student2 @ dorg duk mencuri kat bangunan asrama sekolah kami...


tapi malangnya, hari tu, habis exam, kami pun turun la ke tingkat bawah( nak balik dah)..berjalan la aku dengan kawan2,,,sambung gosip lagi...oleh kerana aku nie jenis nak cepat..maka aku la jadi leader,jalan depan sekali..hahahaha..bukan kak yong yer...aku anak bongsu.


Dengan lenggang2 kangkung kami nie terkedek2 nak turun...tiba2,,,datang monyet berlari2 ke arah kami...ingat macam ceta hindustan...siap nak peluk nie...tapi...malangnya monyet ni tunjuk gigi dia dengan muka garang dia....emmmmm...


terkejut la kami...bukan seekor..3 ekor x silap...mak aii...nak jatuh jantung aku.maka, kami pun pelan2 reverse p naik ke kelas balik...nak turun,monyet dah halang...yang x best, si sweety2 nie dok kejar kami...oleh kerana aku duk depan sekali, maka time nie, aku la yang kat belakang sekali, skit g nak kena terkam oleh haiwan tu...jantung jangan cakap la...dah mcm lari pecut..kelajuan kami masa tu dah boleh tanding atlet2 sekolah aku masa tu kot..(lari naik tangga)...hebat kami time tu..haha..


sampai kat kelas, kami tutup pintu kelas sambil teriak minta tolong...nasib bek ada pengawas exam kat kelas hujung...dorang masa tu duk kemas paper kot...tu pun setelah 5 minit kami mengeluarkan teriakan2 yang cun macam katak panggil hujan..camtu la kot...5 minit...bagi kami masa tu macam sejam...nak di jadikan cerita..pintu kelas kami rosak(tombol hilang) oleh tukang2 vandalisme bertauliah, maka, teman ler terpaksa duk pegang pintu, nasib bek monyet tu x sempat nak p ggit tangan dia,,,,sebab ada superman datang....superman bawa penyapu..hahahaha...tQ to mr. jamal..pengawas exam yg selamatkam kami masa tu...


lepas kejadian tue,,,aku alah2 trauma gila dengan monyet2 tue...nasib bek itu la last jumpa sweety2 ganas tue...ye la..pas spm aku x kat sana...tapi sekolah tue tetap sekolah paling best...bcoz aku tngkatan 1-5 kat situ...


kenangan nie dedekasi pada geng2 5 hikmah 2008 semega...


mcm nie la dia tunjuk muka ganas dia kat kami...

bila fikir2 balik..mungkin monyet2 tu kelaparan tahap dewa...tue yang duk jadi penganas tue...

pape pun,,jangan tiru macam perangai monyet tahun depan...biarlah, tahun depan, kita lebih baik dari tahun nie...jom kita jalan, berlari selangkah ke depan....kalau jatuh bangun sendiri...^____^

Thursday 22 December 2011

Cerita Asam Jawa



knpa tiba2 Amanda nak tulis entry nie?al-kisahnya,,,Amanda baru sembuh dari demam..nie nak cerita nie..Amanda sorang2 kat umah, nak P klinik x der yang sudi nak bawa..mcm2 cara Amanda buat...basahkan tuala letak kat kepala, makan panadol,,minum air masak, x juga kebah2 demam nie...Amanda pun kol la my sis...gtaw keadaan Amanda...gtaw dah mcm2 cara Amanda buat..at last, my sis kata, try petua org tua2 nie...guna air asam jawa lap kat kepala..N hasilnya...seminit,,dua minit...10 minit...eh????panas kat kepala dah hilang...maka, Amanda pun tertarik nak tulis pasal asam jawa nie...Amanda pun cari la maklumat pasal benda nie...N kat bawah nie apa yang Amanda jumpa...


Nama lain dari asam jawa ini adalah
  • Tamarindus indica
  • Tangkal asem (Sunda)
  • Celagi
  •  Acem
ASAM JAWA
Dikenali sebagai Tamarindus indica dan nama inggerisnya pula pula ialah tamarind. Asam jawa tumbuh liar di kawasan barat India dan di benua Afrika bahagian selatan gurun Sahara.
Pokok asam telah lama ditanam di negara India dan sekarang boleh didapati dikebanyakan kawasan tropika di benua Asia,Afrika dan Amerika.Daun pokok asam adalah malar hijau serta mempunyai banyak anak daun yang halus,berwarna hijau muda dan menjadi hijau tua apabila telah matang.
Buah asam jawa tergolong dalam jenis kekacang yang bengkok, isinya berketul-ketul dan berwarna perang seperti kayu. Isi buah mudanya berwarna hijau dan bertukar menjadi coklat apabila buahnya masak
Pokok asam tumbuh paling baik dalam musim kemarau yang nyata tetapi sederhana. Di Malaysia, pokok asam ditanam atau tumbuh sendiri, tetapi jarang dijadikan sebagai sumber ekonomi. Terdapat beberapa jenis pokok asam, tetapi biasanya dibahagikan kapada dua, iaitu jenis yang manis dan yang masam. Buah pokok asam manis banyak dijual di Thailand yang dimakan sebagai manisan. Tidak lama dahulu Kementerian Pertanian Malaysia menggalakkan penggunaan asam jawa sebagai minuman bentuk jus. Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang. Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula.


Khasiatnya...
DEMAM PANAS
Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuku air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat .

SAKIT PERUT
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

SAKIT ASMA
Bagi yang sakit asma pula anda rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.

BATUK/PERIT TEKAK
Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.


LUKA/BISUL
Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

ALERGI/BIDUREN
Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.

BENGKAK DISENGAT LIPAN ATAU LEBAH
Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.


Maklumat di atas hanyalah untuk rawatan alternatif / sementara sahaja.
Jika keadaan masih tidak reda juga, anda adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.


SELAMAT MENCUBA!

Monday 19 December 2011

Rahsia HandpHone..

RAHSIA YG ANDA X TERFIKIR !

BERHATI2 SEMASA BELI HP...

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
sila taip *#06#
akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

Friday 16 December 2011

percayakah Anda?

Amanda ada beli remaja keluaran 1 disember 2011. Bukan latest lagi dah tetapi Amanda nak Juga share ilmu kat yang x Ada beli tu...

Inilah Cover majalah remaja edisi 1 disember ni..

apa yang Amanda nak kongsi....

1. Derma Darah...
Takut! mungkin itu salah satu perasaan kamu yang tidak pernah menderma darah. Jangan begitu. Menurut pakar psikologi Pusat Darah Negara, mereka yang menderma darah boleh meransang badan dan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Seterusnya meningkatkan tahap kesihatan penderma. Kamu tidak perlu risau akan kekurangan darah kerana badan menghasilkan banyak sel darah yang baru setiap hari mengantikan sel yang mati. Tambahan pula, kamu akan diberikan pil zat besi dan asid folik untuk meransang badan seterusnya membantu merendahkan risiko sakit jantung.

2. Batuk dan Jantung...
Apabila seseorang batuk dengan kuat, dia sebenarnya mengepam darah pada seluruh badan dan otak. Batuk yang dilepaskan mengikut tempoh masa tertentu akan membuatkan pesakit tersebut berada dalam keadaan sedar dan mencapai kadar denyutan yang berkesan.

3. Bersujud dalam solat
Ibadah solat bagi orang islam adalah salah satu cara mendekatkan diri dengan Pencipta. Dari segi fizikalnya pula bersujud mampu melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Kelebihan bersujud ialah dapat memperbaiki kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya, dapat melegakan sakit hernia, dapat melegakan paru-paru daripada ketegangan, kedudukan sewaktu bersujud baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh, dapat memudahkan tidur, dan dapat mengelakkan pendarahan otak jika komplikasinya berlaku secara tiba2.

4. Tidur dalam gelap
Memadamkan lampu ketika tidur malam bukan sahaja membuatkan kamu tidur lena sepanjang malam tetapi ia juga dapat mencegah penyakit seperti kanser payudara atau kanser prostat. Ini kerana hanya dalam keadaan gelap, tubuh dapat menghasilkan hormon melantonin yang dapat mencegah penyakit. Cahaya Lampu atau cahaya dari televisyen boleh menyebabkan hormon semakin lemah. Oleh itu, demi meningkatkan kesihatan tubuh tidurlah dalam kegelapan...

5. lidah dan hidung
lidah anda tidak akan dapat sampai mencecah ke hujung hidung anda kecuali lidah anda serupa cicak atau katak.Hal ini kerana, lidah manusia tidak sama dengan spesis berdarah sejuk tersebut.Anda boleh cuba sendiri..





6. sekarang masukkan lidah anda balik...dan percayakah anda,,anda akan automatik senyum dan ketawa membaca fakta yang ke-6 ini...kerana fakta ke-5 dan ke-6,saya tambah sendiri...smile^____^...jangan marah2 ye...

Saturday 10 December 2011

Simbolik Bila Hati Mula Berbisik...

Hai…salam sayang semuanya..hari nie Amanda nak cerita tentang mengapa Amanda pilih “Bila Hati Mula Berbisik”..
You allz mesti tahu “HATI” tu apa,kan? Amanda ingat lagi…time kecik2 dulu, kawan2 Amanda,(termasuk lah Amanda sendiri suka lukis bentuk “love” tuk gambarkan bentuk hati kononnya. Amanda percaya orang2 sekarang pun still guna cara yang sama…

Hati tue apa? Apa yang istimewa sangat tentang hati nie…sedangkan Cuma organ kecil dalam badan manusia???

Nabi Muhammad s.a.w bersabda ;
“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baik lah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah HATI.”(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)..


Kerana hal ini lah mengapa hati begitu penting…
Amanda memilih “bila hati mula berbisik”…hati ada mulut ke nak main bisik2…kita boleh dengar ke suara hati??kalau itu berlaku, maka terkejut beruklah kita ya….???(~~marah beruk x pasal2 kena kaitankan~~,maaflah beruk2 seantero dunia ya)

Maksud Bila Hati Mula Berbisik simboliknya ialah Amanda menulis dari hati tulus..kita semua menulis datang dari hati,,,eh…x la,,I menulis dari apa I fikirkan.(ada yg jawab begitu)..Ya, betul tak salah tu akak2,abang2,adik2…

Tapi sebenarnya semua menulis dari hati…tengok kat Facebook..sy memerhati dan alami sendiri…semua orang menulis menggunakan hati…bezanya adakah diiringi akal atau tidak?eh…betul ke begitu???nak contoh?

Menulis dengan hati tanpa akal: “Bencinya…x287**##5%6*2….hujan pulak..habis basah baju…”
Atau s**t…H****m J***h punya org..selipar buruk mickey mouse aku pun nak diambil?”
(itu contoh org yang menulis betul2 dr hati tanpa akal..jangan nak marah dulu ek..sy pun kadang2 tersilap..kadang terlajak laku..)

Menulis dengan hati dan akal yg waras: mereka menulis berkongsi pendapat dan ilmu dengan semua org…termasuklah komen2 santai mereka…tapi apa yang mereka rasa kat hati di tapis oleh akal yg waras..x fham?begini contohnya:
Post kat facebook by Bujang terlajak:hari ni jom g ceramah motivasi ramai2
Komen by jiwa kacau: blah la..engkau nak tunjuk baik lah tu..
Komen by Bujang Terlajak: ye encik..silalah datang. Harap dapat sama2 bukakan minda.
(ini sedikit contoh…jika si Bujang terlajak ni guna hati tanpa akal..mesti dia dah komen “s**l f**k **u kau sana!!!”..)
Nak contoh lebih..jom kita lihat sekeliling kita…

Maka,dengan itu…sy menulis dengan simbolik yg sama..apa yang jari jemari saya mainkan di atas keyboard nie..semuanya datang dari hati..bukanlah hati nie main bisik2 kat Amanda..tpi apa yang Amanda rasa dan fikirkan…
Ampun maaf jika ada yang terasa hati..just berkongsi pandangan yang tersirat di hati…omputih kata”from my heart”…
Kerana itu lah wujudnya “BILA HATI MULA BERBISIK”
Salam bahagia pada yang senyum hari ini…^___^. Yang x mampu senyum..jom kita senyum ramai…xmampu juga???
Jom ingat saat manis dalam hidup kita..sy cdangkan jgn time zaman remaja kita dan keatas..kerana itu semua Cuma menimbulkan sedih anda..jom ingat time kita budak2…bestnya…ingat x???so…mari kita letak dalam minda kita..
“SAYA BAHAGIA HARI INI DAN SELAMANYA”amin…..
Ampun maaf andai tersilap kata…




















Tuesday 23 August 2011

MOTIVASI DARI DR.FADHILAH KAMSAH


Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa ~ InsyaAllah, Allah lipat
gandakan rezeki.
Sebelum tidur, berdoa, depends on apa yg kita hendak sepanjang tidur,otak
akan generatekan all of our wish & InsyaAllah, kita akan work towards it
(ada semangat) di keesokan harinya.
Makan buah sebelum breakfast, lunch & dinner ~ikut Sunnah &dapat pahala &
boleh rujuk kpd pakar pemakanan,vit C dari buah2an yg dimakan selepas
breakfast, lunch & dinner yang akan diperolehi adalah approaching 0%.
Jangan minum air semasa sedang makan (breakfast, lunch & dinner). Minum air
selepas 15-30 minit selepa makan.Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja,
biarkan air dlm mulut about 10s then baru telan.Teguk kedua & seterusnya
boleh minum terus sbb air liur ada enzyme yg boleh membunuh kuman dlm
pankreas,perut, & so on yg akan dibawa oleh air tegukan pertama.
Seelok2nya makan malam sblm maghrib ~ ikut sunnah (Rasullullah makan sblm
maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sbb,bagi yg tgh study
(or anak2), otak akan berfungsi excellently (senang absorb ilmu) around 2
hrs slps makan so, if makan at 8:30pm, around 10:30pm baru start study and
most probably hanya boleh bertahan hingga jam 12 tgh malam saja,jadi, tak
byk yg boleh dipelajari berbanding kalau
makan pukul 6:30(org Cina take dinner around this hour). Juga, kita tak
tidur dlm kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang
malam)
Tatacara di bilik air:
Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) ~ boleh elak
drpd dapat batu karang Semasa buang air besar,mengiring sedikit ke kiri ~
ikut sunnah sbb bila mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder and senang
buang air besar
Tatacara didik anak:
Antara tips untuk dpt anak bijak/genius, ajar anak (atau baby)
tidur mengiring ke kanan ~ sbb jantung (yg terletak sblh kiri)akan
lebih”lapang”/& quot;lega” dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak
anak akan develop excellently.Bagi anak2 yg dah azalinya active or
hyper-active, kurang(or jgn) pakaikan baju warna orange ~ sbb warna ini
boleh merangsang secara actifnya tindak tanduk anak (ie. akan lebih nakal),
sentiasa bersemangat waja & exuberant.
Tatacara didik diri sendiri:
Amalkan apa2 yg baik (juga amalan2 baru) selama 21+ plus hari
berturut2 ~ Rasullullah (saw) bersabda, sst amalan yg diamalkan
sekitar 21-30 hari, continuously, akan menjadi tabiat and kalau
tak, ilmu itu akan mati. Buang segala rasa hasad dengki, dendam & lain2 yg
-ve ~emosi2 ini akan membenarkan otak release excessive adrenaline,
cortisone & toxine yg mana boleh membawa kpd bbrp penyakit cepat letih,
wajah cepat nampak tua(tua sblm waktunya), selalu sakit perut & etc
Ada 3 kategori manusia :-
BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam
TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam
CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam
“Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar
akhirat, dunia akan mengejar kita” Just to ambil iktibar untuk mendidik
diri & family. Usia Dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu!
So, it’s good if we can remind each other because in Rasulullah’s last
sermon, baginda pun did mention that all those who listen to him (on that
day) shall pass on his words to others, and those to others again; and may
the last ones understand his words better that those who listen to him
directly… Yang baik datang dari Allah & yg kurang itu is from my
weaknesses. Do impart this knowledge & you’ll lose nothing.
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara Bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3) Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5) Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan.
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian pskologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya
8 ) Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)
10) Kekalkan wuduk
11) Bersedekah
12) Belanja orang makan.
13) Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb), jangan dengar orang mengumpat.

Monday 22 August 2011

30 perkara wanita Tak sempat beritahu..


Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya
.
Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
Senjata wanita adalah airmata!!
Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...
Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

Sunday 21 August 2011

Senang Vs Susah

Pernah tak dalam hayat anda mengalami satu keadaan di mana semuanya mudah pada hari itu. Dan pernah tak dalam satu hari tu terasa semuanya susah, semuanya serba tak kena, x menjadi.

dalam hayat kita akan mengalami 5 keadaan..
  • Susah sepanjang masa
  • senang sepanjang masa
  • Susah dan senang sama banyak
  • Susah mengatasi senang, dalam perkataan lain, susah lebih banyak dp senang
  • senang mengatasi susah.
Inilah rentak kehidupan,,Even Jutawan. Tak ada sesiapa yang terkecuali.
Dan ikut pemerhatian, tak ada orang yang hidupnya susah sejak dia lahir hingga meninggal dunia, hingga xda satu detik berasa gembira untuk ketawa. Dan xda orang yang hidup senang sejak dia dilahirkan hingga dia meninggal dunia, waima anak jutawan yang mewarisi harta berbilion2 ringgit.
Biar betul orG yG b'duit xde masalah?????betul,duitnya xda masalah, poketnya ok..tapi kesihatannya pulak yang x ok...hatinya pula yang x ok..Ada2 saja yG nak mengadilkan hidupnya supaya merasa susah macam orang lain.kalau anda senang dan bahgia memanjang, jangan tak tau anda sentiasa di intai susah. Tunngu sajalah masanya sampai. Hidup ini penuh dengan keadilan, Ia bagaikan putaran roda....
Even kita memandu di tengah bandar raya, yG kita kata x pernah kita jumpa jalan ni lenggang, mesti jem tapi ada satu hari elok jer kita sampai destinasi kita tanpa banyak masalah...percayalah...

jadi,apa kesimpulannya, Nak beritahu jangan susah hati sangat kalau di timpa susah sebab waktu senang akan tiba. Pasti ada, cuma kita la ulak macamana nak istilahkan bahagia tu camner..
Ada orang merasakan hidupnya tak pernah senang sebab dia letakkan yang dikatakan senang itu pada tahap yang amat tinggi hingga tak tercapai dek tangan. Itu salah...kerana jika terus begitu...sampai bila pun kita tak rasa bahagia.....

dikongsi bersumberkan buku H.M Tuah Iskandar...Ada bagus,,,Bagussss...
beliau ialah idola saya...

cebisan kisah tuk hari ini....

Friday 19 August 2011

Surat kekasih kepada kekasih(versi lelaki)


Hari nie dah masuk hari yang ke—7 sayang merajuk…emmm..seminggu la tu…abg pun tak taw nape  aYang merajuk…Yang abg taw last kita jumpa…aYang merajuk abg tak nak pegang tangan aYang…
Nak juga ke pegang tangan?abg Tanya…
aYang kata abg X romantik…
aYang selalu marah-marah bila abg malas nak jumpa..ayang tuduh abg curang…sumpah..abg x curang…abg sayang…
aYang selalu kata,kawan2 ayang bercinta,,dapat teddy bear..boleh peluk..macam peluk orang tersayang…abg belikan cincin,,special sangat,,emas lagi…tapi ayang mula muncung sedepa…kata abg x romantic…bg cincin x romantic ke?
ayang selalu ajak abg tengok wayang..abg kata xnak…jom g satu tempat lagi best…ayang tanya kat mana???..abg kata pesta buku…cari buku yang lebih faedah…
ayang bila mesej asyik Tanya soalan yg sama…dah makan…wat pe?..sihat..?
abg tegur..ayang kata ayang Cuma ambil berat …emmm..muncung sedepa lagi..
Pantang ada cuti..mesti ayang nak jumpa…selalunya abg kata x boleh..abg ada hal…tuk kita juga..ayang marah2..mana penting…ayang ke @ apa nak di buat tu???
Emmm…
Kite tak nak pegang tangan ayang sebab kita bukan muhrim..t dah nikah…kite pegang tangan sehari 24 jam,seminggu 7 hari pun xpe..
abg bukan tak nak jumpa ayang tapi bila selalu jumpa..nanti iman kurang..aik,,nape abg cakap camtu?sebab Yang ke-3…sure setan jadi peneman..kite kena elakkan.
Abg belikan emas & bukannya teddy bear,,,abg tak romantic kot..hehehehe…tapi emas tu kalau xda duit,,boleh jual balik kan??teddy bear tu lak??
Cari buku tu lebih berfaedah kan dari tengok wayang??x romantic ke abg ni???emm..ye kot….t kat panggung tu nanti..mesti tergesel lengan ngan orang sebelah..kalau perempuan..mulalah ayang tarik muncung sedepa…(sebenarnya abg pun jeles kalau ayang duduk sebelah lelaki…hehehehehehe)
Ayang sayang abg??ambil berat  sal abg??nape tak Tanya solat abg hari ni sempurna ke tak???bukan ke abg nak jadi ketua family kite kelak..nape “pembantu nakhoda” tak tolong ingatkan…kelak anak2 kapal pun lebih terbimbing akidahnya..insyaallah..betul x ayang??
Time abg cuti..abg buat macam2 keja partime,,jual burger,jual barang..nak kumpul duit la katakan…kite x sabar nak kahwin ngan awak…amboi..gatal ke abg ni???
Semuanya bersebab sayang..kalau dah kahwin..kita dating pun x risau dosa g…x risau sal orang ketiga lagi..abg kumpul duit nak lamar ayang…kumpul duit simpanan tuk persediaan bila dah kahwin & ada anak nanti….
Marah lagi ke kat abg???
Hujung bulan family kite nak datang merisik kat umah awak…setuju ke??

Nota kaki:saya budak baru belajar, mencuba tuk buat satu cerita yang menghiburkan tetapi dapat berkongsi pengajaran.Insyaallah saya buat surat cinta versi pompuan lak..haha~~~menulis dan membaca adalah dua dunia yang berbeza tp keduanya my pebret(favourite)..huhayyy...komen anda dialu2kan tuk perbaiki penulisan saya..TQ^__^

see around you...

lihat sekililing anda....
Allah menjadikan dunia ini indah...
Renungkanlah....~~~