Tuesday 6 March 2012

cinta si pembawa gunting

            Di sebuah bangunan terbiar, 8.30 mlm( 23 januari)
Pergaduhan tercetus lagi. Pertelingahan kali ini memang sukar di kawal, bunyi senjata berdenting-denting. Dia sudah agak ini akan terjadi, hanya kerana kumpulan lawan enggan mengalah. Semuanya berpunca dari pihak lawan yang melanggar kawasannya. Mereka sengaja buat kotor di tempatnya. Prinsip  kawasannya yang takkan ada pelacuran dan dadah di cabar oleh kumpulan itu. Dia mengatur langkah menyerang. Seorang demi seorang pihak lawan rebah. Seorang demi seorang jua merasa hirisan senjata utamanya. Bilah-bilah gunting itu bermandi darah dan hening malam menyaksikan hati kering milik "dia" tidak gentar membunuh musuh-musuhnya dengan sekejap sahaja. Mana-mana musuh yang takut mati terus duduk melutut, mengakui akan kehebatan si empunya gunting. Anak-anak buahnya sudah pasti lega kerana ketua mereka yang handal turun padang membantu mereka.
            Si empunya gunting menuju ka arah musuhnya yang terakhir, ketua kepada kumpulan lawan. Dia menarik rambut lelaki tegap bertato itu yang nampaknya nyawa-nyawa ikan dan tidak bermaya.
            “Cepat bagitau aku!siapa ketua tertinggi kau sebenarnya?!” suaranya keras menyoal si lelaki bertato.
            “Aku tak tahu. Kami Cuma dapat arahan dari ketua ketiga. Hanya ketua-ketua ketiga dapat jumpa ketua kedua. Dan hanya segelintir ketua kedua dapat jumpa ketua tertinggi. Aku tak tahu.” Patah-patah perkataan dari Si lelaki bertato agak terketar-ketar, mungkin menahan kesakitan atau takut dengan si pemegang gunting.
“kau balik ke markas kau dan bagitau ketua kau, kalau dia berani langgar lagi tempat aku. Aku letupkan markas kamu! Faham!” kepala lelaki itu di lepaskan. Si empunya gunting tak berkata apa-apa lagi terus melangkah pergi. Sempat memberi isyarat supaya anak buahnya menguruskan si leleki bertato itu. Dia berjalan ke kereta dan masuk ke perut kereta tersebut tanpa berkata apa-apa. Destinasinya hanya satu, untuk melaporkan segalanya kepada ketua tertingginya.


Di sebuah banglo mewah, markas kedua Kumpulan Belang Seribu, 1 pagi (24 januari)

Seorang lelaki bertato penuh di seluruh badan sedang bersenda gurau dengan ‘ayam-ayam kota’. Jay, itu namanya dalam kumpulan itu.Dia tidak peduli apa berlaku apabila berdepan dengan syurga dunia itu. Dia tidak takut apa-apa. Dia hanya tahu dia punya wang yang banyak, kawasan miliknya luas, semua orang takut kepadanya dan tiada wanita yang menolak dia. Dia punya segala-galanya. Dia tersenyum lagi, dia bangga dengan apa yang diperolehinya hari ini. Usahanya selama ini tidak sia-sia.walau hanya sebagai ketua kedua, tak lama lagi dia pasti akan dapat merebut kedudukan ketua tertinggi. Dia ketawa terbahak-bahak persis seorang jaguh yang menang di medan pertarungan.
Tiba-tiba,Alat hubungannya berbunyi, mematikan serta-merta ketawanya. “Bos!bos ! ada orang yang bawa berita. Dia cedera teruk bos!” satu suara cemas di hujung sana melaporkan sesuatu. Pantas dia bangun dan memakai apa yang patut. Keluar dari bilik itu dan melihat orang-orangnya menundukkan kepala. Seorang lelaki yang cedera kelihatan agak lemah duduk melutut di depannya.
            “ siapa yang buat najis ni?” dia berjalan dan duduk di sofa yang tersedia. Memberi isyarat, pantas si pembantu menghulurkan rokok dan api kapada si ketua.
            “Aku bercakap dengan orang bisu ke?!” sinis dia melempar kata, matanya tajam memandang  kearah orang-orang suruhannya dan si lelaki yang cedera tadi.
            “ma..maaf bos..se..se..se..mua orang-orang kita tewas bos. Saya sengaja di lepaskan supaya lapor kat b…bos..” terketar-ketar si lelaki yang cedera, silap kata pastinya nyawanya melayang.
Si ketua menahan genggam dan menahan kemarahannya, selama ini dia tak pernah kalah. Siapa yang terlalu berani mencabar dia?
            “bos…di…di…dia pe..perempuan,bos. Saya sempat dengar suara dia. gaya berlawan dia lain dari yang lain. Dia gunakan bilah gunting yang di pisah dua. Yang pasti gunting tu ada lambang  helang kepala naga” si lelaki yang cedera itu menundukkan pandangannya, dia tahu sekejap lagi dia pasti  akan menerima hukumannya. Dia memejamkan mata, takut memikirkan dirinya sendiri menjadi mangsa.
            Tak lama kemudian terdengar bunyi das-das tembakan bergema dan teriakan pilu seorang lelaki yang kesakitan nyawanya di rampas maut. Itu hukuman kepada sesiapa dalam kumpulan itu yang gagal menjalankan tugas…

Waktu yang sama, Villa Angela

sebuah kereta mewah terpakir kemas di garaj utama villa Angela. Seorang gadis masih memegang stereng dan termenung jauh. Memikirkan apa yang telah di laluinya hari ini.


Bersambung........

No comments: