Thursday 12 January 2012

aku, si botak dan sketsa hidup...

 nape aku mulakan entry dengan si monkey terjoget-joget ni? sebenarnya aku tak ada idea nak menulis, tapi gatal tangan ni nak main taip-taip..Malam yang syahdu ni aku nak cerita tentang aku dengan seorang hamba Allah kat kampung aku dulu. tiba-tiba aku teringat budak alah tu. Dulu aku tak boleh nak jumpa dia, memang macam anjing dengan kucing..
marah nie!!!!
aku dengan budak ni, biarlah aku namakan si botak..sebelum aku cerita panjang-panjang, aku nak kata yang aku dulu alah-alah rambo...nak kata tomboy...i cute taw dulu...sekarang pun cute lagi(auwww...angkat bakul pula).tapi yang pasti gaduh dengan lelaki perkara biasa bagi aku zaman budak-budak dulu.(sekarang yang budak baik sikit..sikit je...)

First time Agenda pergaduhan kami...
masa tu malam puasa..selepas balik dari terawih, seingat aku, aku tingkatan 2 @ 3 kot..dia dalam umur 18 kot. dia nie jenis panas baran dan aku pula jenis penjahat sikit. Time tu dia tengah marah adik dia suruh balik rumah,,,aku lak tiba-tiba terjerit..."buduh salau!!"...tiba-tiba aku sedar macam ada aura panas je dekat dia...macam nak meletup..aku tergaman..xtaw apa-apa..Yang aku sedar dia datang dekat aku sambil bawa kayu. Kayu tu kira-kira 1 1/2 meter kot, sebesar tiang jaring badminton..
masa tu aku still x faham, cousin aku tarik aku dan yang aku taw si botak masih kejar aku..errkkk..matilah aku,,,tapi cakap dalam hati la...mana boleh tunjuk kite takut..kat satu tempat, dia halang perjalanan aku, cousin dah takut tarik aku supaya balik umah aku, tapi aku alah-alah ego bersemuka dengan si botak..maka, perang mulut pun bermula, nasib dia nak hempuk aku dengan kayu tu x kena,,kalau x, dah arwah....lepas peristiwa tu baru aku tahu budak kampung gelar dia salau...oh,,baru aku tahu....

Second time agenda perkelahihan kami...
rupanya episod pergaduhan kami tak berakhir di situ,al-kisahnya malam raya..
Malam raya biasalah..bila dah pak su dan mak su balik dari jauh,,,tinggal kat rumah kami. Dan sudah wajib la malam raya akan ada yang bakar lemang dan sediakan apa-apa yang patut. kata pak su ku,,tak best kalau tak ramai2 buat lemang.Maka, akulah yang paling muda di rumah tu yang di tugaskan memanggil sepupu aku yang ada kelapangan(rumah mereka dalam 500 m kot)..supaya sama-sama meriahkan suasana..dulu, aku ni budak berani, slamber gila tak takut hantu, dan jalan kampung dulu, gelap, belukar kiri dan kanan jalan..tapi aku slamber je...berjalan la aku terkedek2...masa tu basikal ke, motosikal ke, aku tak tahu bawa g, apatah lagi kereta,,,berjalan la aku, dan berjalan..tiba-tiba ada lembaga kat depan aku, dah la jalan gelap, kiri kanan belukar,, terbayang la kalau si lembaga nie nak rompak aku ke, masa tu aku bukan ada duit pun, ada 20$ je, buat beli "tikam-tikam"..sekali tengok betul-betl,,rupanya si botak...dia tahan, tersengih-sengih macam kerang busuk,,,menyampah!!aku nak ke kiri dia halang,, aku nak ke kanan dia halang...wah,,hot la aku...dia tengok aku tersengih2 jer...grrrrr....dan dengan slamber kata gini,"tau pun singa ni takut...kakakakkakka."tapi kejap je dia ketawakan aku..mungkin dia pun terasa aura dragon kat aku ni...nak jadi bezita ke,,,nak jadi goku ni ek???pastu, aku tolak dia dan berlalu...sempatla juga mencarut..."b**i!!s**l!!"...


third and last agenda permusuhan kami...
Masa nie puncak pergaduhan kami,,,yang aku ingat background berlatar belakangkan jalan raya, masa lak berlatarkan waktu petang..aku, sepupu, dan sorg kawan baru balik dari main badminton, aku agak terer la juga dalam sukan ni..tengah asyik terkedek-kedek macam itik pulang petang, kami sempat la juga bergosip-gosip sikit..( biasa la perempuan)..tiba-tiba mata aku menangkap seekor makhluk yang botak...apa lagi,,si salau tadi la...(si botak)..dia bawa motor lalu dekat kami dan sempat melemparkan ayat-ayat menyakitkan hati dan mampu menjatuhkan maruah kami, terutamanya aku ni(si makhluk cute)..
dengan ringannya,,,tangan aku sempat melayang kat muka dia,,,kuat la juga...bukan tamparan ye...tapi yang di namakan tumbukan sulung...si botak pun parking motor,,,kesian motor tu,,,tiba2 kena brek mengejut...dia turun dari atas motor dan datang dekat dengan aku, rupa toksah cakap la..dah macam orang kena sembelit dah...lebih kurang macam nie la muka dia..burukkan??
tiba-tiba PAP!!!!OMG....aku kena penampar...sakit giler doh...dah tapak tangan dia besar dari muka aku masa tu, berdengung telinga...melekatlah seni-seni tangan dia kat muka aku yang mulus ni....cap merah...tapi masa tu, walau sakit gila..aku tak nangis...sebab......bila aku toleh ke kiri, sepupu aku dah hilang, aku cari la kat bawah kaki, celah rumput, kat lubang hidung si botak kembang kempis,,kat atas..kot2 dia ada ilmu terbang...tapi..rupa-rupanya dia dah buka langkah seribu, siap buka kasut lagi,,,aku nak nangis terus ketawa berdekah-dekah.....tapi kejap jer, bila aku pandang muka si botak balik, aku terus nak makan org...huarrrggggg!!perang mulut dan adegan tolak-menolak berlansung dalam sepuluh minit...last2, masing-masing penat dan masing beredar..lagipun aku nak balik cepat,,,perempuan kena balik rumah sebelum maghrib,papa aku kata...

selepas peristiwa tu, dia kerja dan aku pula dapat sekolah tempat lain....maka, x la berjumpa lagi...

Balik cuti raya tahun lalu, terselisih dengan dia,,,tapi masing-masing malu, mungkin kerana ingat "percakaran" kami dulu tu,,,mungkin sebab masing-masing dah dewasa...

p/s: bila ingat benda tu, rasa betapa teruknya perangai diri ini.....muhasabah diri...jom,,sama2 muhasabah diri^____^.
bye.


Saturday 7 January 2012

Kahwin

Hari nie Amanda cerita mengenai kahwin...bukan la aku yang nak khawin..tapi gatal lak hati nie nak tulis tentang topik nie...


Baru 5 minit yang lalu aku & housemate bercerita mengenai bab khawin...
Member dok cerita dia merancang nak berkhawin tahun depan kalau jodoh dengan kekasih dia panjang..ye la, dah bertahun2 couple, kedua belah pihak pun dah setuju,so dia merancang buat ketika semester akhir nanti,bcoz dia nak buat tepat ketika tarikh hari lahir dia,dalam perancangan housemate aku ni la.....
maka, aku mula berfikir pelbagai perkara..andailah ditakdirkan suratannya aku sempat nak khawin,,,siapa agaknya jodohku???impian ngan orang tersayang dah terang2 hancur lebur camtue jer...hubungan tu "gantung" macam lagu melly goeslow...dan dia terang2an ber"romantik" ngan gf baru.....
so........?
how ngan aku?


maka, at last, aku terkebil2 berfikir selepas perbualan ngan member tamat...terkebil2, mengiring ke kanan, mengiring ke kiri, tak juga dapat tidur & akhirnya aku berada di depan pc meluah bisikan hati aku nie..


Aku muhasabah diri...
dan terfikir...
mungkin kahwin tu bukan tuk orang seperti aku..sebab aku tak tahu bagaimana kelak hidup seorang isteri...ahakkkksss...serius do....kan banyak tanggungjawab lepas khawin, nak jaga suami, nak jaga diri, nak jaga anak2...nak asuh, nak didik...bab didik ni yg aku terkedu sebentar...& tersedar...ilmu di dada belum cukup untuk alam sedewasa itu...


maka, aku pun meletakkan "line" awal dalam catur hidup aku...
sekurang2nya biarlah aku sempat berbakti pada family sebelum fikir nak khawin2 ni...
then....
kepada yang rajin "usha"...lepas nie x payah la nak bazirkan masa dan air liur meluah ayat berbunga-bunga...sedia keberanian, ilmu kat dada, kejujuran...jumpa my family..kalau mereka kata "lulus"...maka, insyaallah, aku terima seadanya....


asal......

  • orang tu terima aku seadanya juga
  • sekurang-kurangnya boleh imamkan solat dan bagi bimbingan pada aku yang x cukup ilmu nie..\
  • mampu sara family seadanya...
  • mampu bimbing anak2...kerana dah tentu aku ni kurang ilmu nak bimbing lebih2...tapi nak cuba yang terbaik...cuba untuk perbaiki diri.insyaallah..
  • biarlah dia menyayangi family seperti dia sayangkan nyawa sendiri...
YANG PENTING....orang tu boleh membawa aku menuju syurga dan terima apa2 kekurangan aku seadanya...layakkah aku???


p/s: apa la aku merepek subuh2 nie???
ok...Amanda nak cuba lelapkan mata dan jadi orang yang lebih ceria, sihat , berguna dan berakal serta beriman pagi esok dan hari2 seterusnya..amin...

Tuesday 3 January 2012

Orang penting dalam hidup aKu.

Orang penting?? bukan la dato2 ke, datin2 ke...tapi siaPa yG terlaLu berHarga Dalam Hidup aku...
aDa 2 Org penting Yang sangat2 berHarga Dalam HidUp aku yang bernama Amanda...huhuhu..tanpa 2 orang Nie, Aku rasakaN hiduP akU pinCanG...aKu x KisaH keHilaNgan KekasIh,,taPi aKu sangat2 HilaNg aRah kaLau mereKa x ada Dalam Hidup aku.
siapa mereka tue?
siapa Mereka tue?
Mereka la bapa angkat dan kakak angkat aku...
oppsss...lupa nak gtaw..sejak kecil lagi aku membesar dengan keluarga angkat..Arwah mak angkat aku kata dulu, aku membesar dalam keluarga nie sejak aku berumur tujuh hari g...family dorg cuma bertiga jer..akak angkat aku anak tunggal...
apa yang menyebabkan 2 org nie beGitu bererti sesangat...
sebab.........
bapa akulah yang berusaha mencari rezeki..membanting tulang org kata nak bagi family nie senang..dia sakit ke...dia tetap nak kerja gak..sebab dia nak besarkan kami dengan sempurna..dari kecik...aku membesar, sekolah rendah, sekolah menengah, dan hingga la sekarang kat kolej..papa la tanggung perbelanjaan hidup aku..
kalau ada ahli keluarga yang x nak makan ke...papa la yang paling bising...sebab dia x nak kami sakit..
kalau kami sakit..dia la org paling risau dan akan berusaha cari macam2 ubat...jauh2 mcm nie pun, kalau dia tahu saya @ akak sakit..dia la yg akan kol dan risau sangat...emmm..papa...
akak lak, selepas arwah mak angkat aku meninggal..(masa tue aku darjah 2)..dia la pengganti tempat aku bermanja, tempat aku mengadu macam2...tiap kali raya dia lah org yang akan temankan aku beli baju,,nak pergi dengan papa..papa x tahu sangat kehendak anak pompoan nie(kena masa kecik aku cerewet)...
dan sampai sekarang..masa perayaan, akak rajin jahitkan baju untuk aku...dia tak kisah x sempat nak jahit baju sendiri, asal dapat sediakan baju aku.
akak garang...macam arwah mak..tapi dia la yg paling saya sayang selain papa..
banyak sangat pergorbanan mereka berdua..dan tak mampu aku balas...
semua mesti pelik,,kenapa aku x letakkan family kandung aku sebagai orang yang begitu bererti??
mereka pun berharga dalam hidup aku tapi "papa dan akak" sangat banyak pergorbanan pada aku..so, pastinya faham kan?
aku mula terima family kandung aku masa aku dah sekolah menengah...rapat?sekarang agak rapat la..tapi mungkin kerana aku x membesar bersama dorang, apa2 hal, aku tetap refer pada family angkat..
abah kandung aku dah meninggal, tinggal mak kandung..tapi aku tak rasa kehilangan dia  sebagaimana aku kehilangan mak angkat aku...
so....conclusionnya apa?
aku sanggup berkorban untuk 2 orang nie...sebagaimana dorg berkorban untuk aku..itu janji aku...doakan aku sempat untuk membalas jasa2 mereka...amin...I love akak,papa,mama,mummy,,,and family...

Cinta cyber

Seorang lelaki telah berkenalan dengan seorang perempuan di fb(facebook). Apabila mereka telah rapat, mereka menjadi gf & bf.Tetapi masalahnya , mereka belum pernah berjumpa...Maklumlah lelaki itu tinggal di KL manakala perempuan itu tinggal di Johor
Pada suatu hari , lelaki itu sudah tidak sabar untuk melihat wajah perempuan itu lalu menghantar msg kepada makwenya....

Lelaki : awak , saya nk jumpa awak... saya x sabar nk lihat rupa awk.
Perempuan : betul ke? jemputlah datang ke rumah saya.
Lelaki : awak tinggal kat mne?
Perempuan : saya tinggal kat Johor........ No46,Jalan Simpang 3,0800000 , Johor
Lelaki : saya akan bertolak esok!

Keesokan harinya , lelaki itupun bertolak ke Johor untuk berjumpa dgn makwenya... Dalam pejalanan , mereka berbalas msg...

Perempuan : awak.... awk x sampai lagi ke? saya boring ni....
Lelaki : saya dlm prjalanan ke rumah awak laa....... 
Perempuan : ok saya akan tunggu... Miss u.. :)

Selepas beberapa jam , lelaki itu sampai ke rumah makwenya...Lalu mengetuk pintu rumah makwenya..Bukannya perempuan itu yg membukanya tetapi ayahnya

Lelaki : pak cik..... inikah rumah Fatimah??
Pak cik : ye.. kenapa?
Lelaki : Fatimah ada ke pak cik? saya ni sahabatnya... dtg melawat (sebenarnya dlm hati lelaki itu berkata,, ''Aku ni balak dialah =,=' ''
Pak cik : Fatimah dh lama meninggal dunia.
Lelaki : x mungkinlah pak cik. saya baru msg dia tadi..


Mereka berdua terdiam sebentar.. 
Bunyi telefon lelaki itu memecah kesunyian....

Perempuan : awak x sampai lagi ke??
Lelaki : saya sudah jumpa dgn bapa awk lpas tu dia kata awk dh meninggal dunia...
Perempuan : mmng lah saya sudah meninggal dunia
Lelaki : habis tu.. mcm mna awak boleh reply msg saya?
Perempuan : Saya guna digi! Digi kan ada di mana2........


xD..... :P.. itulah kesudahan cerita itu.... 


keindahan matematik

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321



1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111



9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888

Hebatkan?
Dan cuba lihat simetri ini:


1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111 = 12345678987654321



Sekarang tengok ini

101% dari sudut pandangan matematik :

Apakah ia sama dengan 100%?

Adakah ia bermaksud LEBIH dari 100%?

Kita selalu mendengar orang berkata dia beri lebih dari 100%?

Kita selalu dalam situasi di mana seseorang mahukan kita BERIKAN SEPENUHNYA 100%

Bagaimana nak MENCAPAI 101%?

Apakah nilai 100% dalam hidup?
Mungkin sedikit formula matematik di bawah boleh membantu mendapatkan jawapannya.

Jika:

ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

Digambarkan sebagai:


1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.


KERJA KERAS
11 + 5 + 18 + 10 + 1 + 11 + 5 + 18 + 19 + 1= 99%


H-A-R-D-W-O-R- K
8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%


Knowledge
11 +14 +15 +23 + 12 5 +4 +7 + 5 = 96%


SIKAP
19 + 9 + 11 + 1 + 16 + 4 + 9 + 18 + 9= 96%

Dalam Bahasa Inggeris;

A-T-T-I-T-U-D-E
1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%


Sikap diri atau attitude adalah yang perkara utama untuk mencapai 100% dalam hidup kita. Jika kita bekerja keras sekalipun tetapi jika tiada attitude yang positif dalam diri kita, kita masih belum dapat mencapai 100% lagi.

Tapi

LOVE OF GOD
12 +15 +22 +5 +15 + 6 +7 +15 +4 = 101%

atau

SAYANG ALLAH
19 + 1 + 25 + 1 + 14 + 7 + 1 + 12 + 12 + 1 + 8 = 101%