Saturday 31 December 2011

Secebis kisah SPM 2008

hahhaha....happy new year....hari nie hari terakhir kita berada dalam 2011..maka,esok pastinya kita akan rindu dengan hari nie..aku nak kenang time spm dulu2...best...kenangan yg sweet...dengan ex-classmate form 5 dulu...ceritanya cam nie...


masa tu paper agama islam..aku bangun pagi tu dengan semangat zaman..tapi bukan la semangat rock gitu..terkedek2 la aku pergi mandi dan bersiap2 seadanya..time tu banjir,maka, aku terpaksa berjalan sejauh 1 km tuk naik bas..kereta x dapat nak masuk p jalan kg aku masa tue...meredah banjir la aku pagi2...sejok giler air tue..semangat lagi nie...


naik bas....bruuuuuuuu...tet..tet...tet...lebih kurang bunyi enjin van yg aku naik...xtaw nape,mybe kena masuk air banjir kot..


sampai kat sekolah, macam biasa la..pagi2 bergosip2 kejap tanya, dok usha apa yg member dok belajar kat umah..time tu x silap aku,time  posa,nak gosip sal artis,(x boleh oh...)


tapi alhamdullillah, paper hari tue selamat di jawab dengan bahagianya, sebab pengawas peperiksaan tue baik2 jer bagi "can" jawab lebih masa sikit...hahaha...tapi masa tu aku la paling awal siap, bukan sebab aku pandai dapat jawab semua, tapi aku dok tggal soalan yg aku x dapat jawab(pst: jgn tiru style nie..k)


opps..lupa nak cerita..oleh kerana masa tu dewan kami kena renovate,kami duk jawab exam dalam kelas laaaa,alkisahnya, time tu kami jer student yang ada,yg muslim jer, x ramai..budak2 tingkatan lain pun sekolah bagi cuti...best la dorang...


kat sekolah kami nie banyak monyet2,kami x yah g zoo..monyet@ kera ni memang manja gitu, x takut la...biasa jer..dorang dapat makanan dari sisa makanan student2 @ dorg duk mencuri kat bangunan asrama sekolah kami...


tapi malangnya, hari tu, habis exam, kami pun turun la ke tingkat bawah( nak balik dah)..berjalan la aku dengan kawan2,,,sambung gosip lagi...oleh kerana aku nie jenis nak cepat..maka aku la jadi leader,jalan depan sekali..hahahaha..bukan kak yong yer...aku anak bongsu.


Dengan lenggang2 kangkung kami nie terkedek2 nak turun...tiba2,,,datang monyet berlari2 ke arah kami...ingat macam ceta hindustan...siap nak peluk nie...tapi...malangnya monyet ni tunjuk gigi dia dengan muka garang dia....emmmmm...


terkejut la kami...bukan seekor..3 ekor x silap...mak aii...nak jatuh jantung aku.maka, kami pun pelan2 reverse p naik ke kelas balik...nak turun,monyet dah halang...yang x best, si sweety2 nie dok kejar kami...oleh kerana aku duk depan sekali, maka time nie, aku la yang kat belakang sekali, skit g nak kena terkam oleh haiwan tu...jantung jangan cakap la...dah mcm lari pecut..kelajuan kami masa tu dah boleh tanding atlet2 sekolah aku masa tu kot..(lari naik tangga)...hebat kami time tu..haha..


sampai kat kelas, kami tutup pintu kelas sambil teriak minta tolong...nasib bek ada pengawas exam kat kelas hujung...dorang masa tu duk kemas paper kot...tu pun setelah 5 minit kami mengeluarkan teriakan2 yang cun macam katak panggil hujan..camtu la kot...5 minit...bagi kami masa tu macam sejam...nak di jadikan cerita..pintu kelas kami rosak(tombol hilang) oleh tukang2 vandalisme bertauliah, maka, teman ler terpaksa duk pegang pintu, nasib bek monyet tu x sempat nak p ggit tangan dia,,,,sebab ada superman datang....superman bawa penyapu..hahahaha...tQ to mr. jamal..pengawas exam yg selamatkam kami masa tu...


lepas kejadian tue,,,aku alah2 trauma gila dengan monyet2 tue...nasib bek itu la last jumpa sweety2 ganas tue...ye la..pas spm aku x kat sana...tapi sekolah tue tetap sekolah paling best...bcoz aku tngkatan 1-5 kat situ...


kenangan nie dedekasi pada geng2 5 hikmah 2008 semega...


mcm nie la dia tunjuk muka ganas dia kat kami...

bila fikir2 balik..mungkin monyet2 tu kelaparan tahap dewa...tue yang duk jadi penganas tue...

pape pun,,jangan tiru macam perangai monyet tahun depan...biarlah, tahun depan, kita lebih baik dari tahun nie...jom kita jalan, berlari selangkah ke depan....kalau jatuh bangun sendiri...^____^

Thursday 22 December 2011

Cerita Asam Jawa



knpa tiba2 Amanda nak tulis entry nie?al-kisahnya,,,Amanda baru sembuh dari demam..nie nak cerita nie..Amanda sorang2 kat umah, nak P klinik x der yang sudi nak bawa..mcm2 cara Amanda buat...basahkan tuala letak kat kepala, makan panadol,,minum air masak, x juga kebah2 demam nie...Amanda pun kol la my sis...gtaw keadaan Amanda...gtaw dah mcm2 cara Amanda buat..at last, my sis kata, try petua org tua2 nie...guna air asam jawa lap kat kepala..N hasilnya...seminit,,dua minit...10 minit...eh????panas kat kepala dah hilang...maka, Amanda pun tertarik nak tulis pasal asam jawa nie...Amanda pun cari la maklumat pasal benda nie...N kat bawah nie apa yang Amanda jumpa...


Nama lain dari asam jawa ini adalah
  • Tamarindus indica
  • Tangkal asem (Sunda)
  • Celagi
  •  Acem
ASAM JAWA
Dikenali sebagai Tamarindus indica dan nama inggerisnya pula pula ialah tamarind. Asam jawa tumbuh liar di kawasan barat India dan di benua Afrika bahagian selatan gurun Sahara.
Pokok asam telah lama ditanam di negara India dan sekarang boleh didapati dikebanyakan kawasan tropika di benua Asia,Afrika dan Amerika.Daun pokok asam adalah malar hijau serta mempunyai banyak anak daun yang halus,berwarna hijau muda dan menjadi hijau tua apabila telah matang.
Buah asam jawa tergolong dalam jenis kekacang yang bengkok, isinya berketul-ketul dan berwarna perang seperti kayu. Isi buah mudanya berwarna hijau dan bertukar menjadi coklat apabila buahnya masak
Pokok asam tumbuh paling baik dalam musim kemarau yang nyata tetapi sederhana. Di Malaysia, pokok asam ditanam atau tumbuh sendiri, tetapi jarang dijadikan sebagai sumber ekonomi. Terdapat beberapa jenis pokok asam, tetapi biasanya dibahagikan kapada dua, iaitu jenis yang manis dan yang masam. Buah pokok asam manis banyak dijual di Thailand yang dimakan sebagai manisan. Tidak lama dahulu Kementerian Pertanian Malaysia menggalakkan penggunaan asam jawa sebagai minuman bentuk jus. Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang. Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula.


Khasiatnya...
DEMAM PANAS
Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuku air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat .

SAKIT PERUT
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

SAKIT ASMA
Bagi yang sakit asma pula anda rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.

BATUK/PERIT TEKAK
Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.


LUKA/BISUL
Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

ALERGI/BIDUREN
Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.

BENGKAK DISENGAT LIPAN ATAU LEBAH
Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.


Maklumat di atas hanyalah untuk rawatan alternatif / sementara sahaja.
Jika keadaan masih tidak reda juga, anda adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.


SELAMAT MENCUBA!

Monday 19 December 2011

Rahsia HandpHone..

RAHSIA YG ANDA X TERFIKIR !

BERHATI2 SEMASA BELI HP...

Untuk mengetahui status keaslian buatan telefon bimbit anda
sila taip *#06#
akan keluar IMEI [International Mobile Equipment Identity]
semak nombor IMEI telefon anda di kedudukan 7 dan 8
... Contoh : 358671017470473
... Kedudukan ke 7 dan 8 ialah 01


02 atau 20 : dari China = KUALITI RENDAH
08 atau 80: dari Germany = KUALITI SEDERHANA
01 atau 10: dari Finland = TERBAIK
00 atau 03 atau 04: dari kilang asal = SANGAT TERBAIK
13 : dari Azerbaijan = SANGAT KURANG KUALITI & MERBAHAYA

Friday 16 December 2011

percayakah Anda?

Amanda ada beli remaja keluaran 1 disember 2011. Bukan latest lagi dah tetapi Amanda nak Juga share ilmu kat yang x Ada beli tu...

Inilah Cover majalah remaja edisi 1 disember ni..

apa yang Amanda nak kongsi....

1. Derma Darah...
Takut! mungkin itu salah satu perasaan kamu yang tidak pernah menderma darah. Jangan begitu. Menurut pakar psikologi Pusat Darah Negara, mereka yang menderma darah boleh meransang badan dan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Seterusnya meningkatkan tahap kesihatan penderma. Kamu tidak perlu risau akan kekurangan darah kerana badan menghasilkan banyak sel darah yang baru setiap hari mengantikan sel yang mati. Tambahan pula, kamu akan diberikan pil zat besi dan asid folik untuk meransang badan seterusnya membantu merendahkan risiko sakit jantung.

2. Batuk dan Jantung...
Apabila seseorang batuk dengan kuat, dia sebenarnya mengepam darah pada seluruh badan dan otak. Batuk yang dilepaskan mengikut tempoh masa tertentu akan membuatkan pesakit tersebut berada dalam keadaan sedar dan mencapai kadar denyutan yang berkesan.

3. Bersujud dalam solat
Ibadah solat bagi orang islam adalah salah satu cara mendekatkan diri dengan Pencipta. Dari segi fizikalnya pula bersujud mampu melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Kelebihan bersujud ialah dapat memperbaiki kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya, dapat melegakan sakit hernia, dapat melegakan paru-paru daripada ketegangan, kedudukan sewaktu bersujud baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh, dapat memudahkan tidur, dan dapat mengelakkan pendarahan otak jika komplikasinya berlaku secara tiba2.

4. Tidur dalam gelap
Memadamkan lampu ketika tidur malam bukan sahaja membuatkan kamu tidur lena sepanjang malam tetapi ia juga dapat mencegah penyakit seperti kanser payudara atau kanser prostat. Ini kerana hanya dalam keadaan gelap, tubuh dapat menghasilkan hormon melantonin yang dapat mencegah penyakit. Cahaya Lampu atau cahaya dari televisyen boleh menyebabkan hormon semakin lemah. Oleh itu, demi meningkatkan kesihatan tubuh tidurlah dalam kegelapan...

5. lidah dan hidung
lidah anda tidak akan dapat sampai mencecah ke hujung hidung anda kecuali lidah anda serupa cicak atau katak.Hal ini kerana, lidah manusia tidak sama dengan spesis berdarah sejuk tersebut.Anda boleh cuba sendiri..





6. sekarang masukkan lidah anda balik...dan percayakah anda,,anda akan automatik senyum dan ketawa membaca fakta yang ke-6 ini...kerana fakta ke-5 dan ke-6,saya tambah sendiri...smile^____^...jangan marah2 ye...

Saturday 10 December 2011

Simbolik Bila Hati Mula Berbisik...

Hai…salam sayang semuanya..hari nie Amanda nak cerita tentang mengapa Amanda pilih “Bila Hati Mula Berbisik”..
You allz mesti tahu “HATI” tu apa,kan? Amanda ingat lagi…time kecik2 dulu, kawan2 Amanda,(termasuk lah Amanda sendiri suka lukis bentuk “love” tuk gambarkan bentuk hati kononnya. Amanda percaya orang2 sekarang pun still guna cara yang sama…

Hati tue apa? Apa yang istimewa sangat tentang hati nie…sedangkan Cuma organ kecil dalam badan manusia???

Nabi Muhammad s.a.w bersabda ;
“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baik lah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah HATI.”(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)..


Kerana hal ini lah mengapa hati begitu penting…
Amanda memilih “bila hati mula berbisik”…hati ada mulut ke nak main bisik2…kita boleh dengar ke suara hati??kalau itu berlaku, maka terkejut beruklah kita ya….???(~~marah beruk x pasal2 kena kaitankan~~,maaflah beruk2 seantero dunia ya)

Maksud Bila Hati Mula Berbisik simboliknya ialah Amanda menulis dari hati tulus..kita semua menulis datang dari hati,,,eh…x la,,I menulis dari apa I fikirkan.(ada yg jawab begitu)..Ya, betul tak salah tu akak2,abang2,adik2…

Tapi sebenarnya semua menulis dari hati…tengok kat Facebook..sy memerhati dan alami sendiri…semua orang menulis menggunakan hati…bezanya adakah diiringi akal atau tidak?eh…betul ke begitu???nak contoh?

Menulis dengan hati tanpa akal: “Bencinya…x287**##5%6*2….hujan pulak..habis basah baju…”
Atau s**t…H****m J***h punya org..selipar buruk mickey mouse aku pun nak diambil?”
(itu contoh org yang menulis betul2 dr hati tanpa akal..jangan nak marah dulu ek..sy pun kadang2 tersilap..kadang terlajak laku..)

Menulis dengan hati dan akal yg waras: mereka menulis berkongsi pendapat dan ilmu dengan semua org…termasuklah komen2 santai mereka…tapi apa yang mereka rasa kat hati di tapis oleh akal yg waras..x fham?begini contohnya:
Post kat facebook by Bujang terlajak:hari ni jom g ceramah motivasi ramai2
Komen by jiwa kacau: blah la..engkau nak tunjuk baik lah tu..
Komen by Bujang Terlajak: ye encik..silalah datang. Harap dapat sama2 bukakan minda.
(ini sedikit contoh…jika si Bujang terlajak ni guna hati tanpa akal..mesti dia dah komen “s**l f**k **u kau sana!!!”..)
Nak contoh lebih..jom kita lihat sekeliling kita…

Maka,dengan itu…sy menulis dengan simbolik yg sama..apa yang jari jemari saya mainkan di atas keyboard nie..semuanya datang dari hati..bukanlah hati nie main bisik2 kat Amanda..tpi apa yang Amanda rasa dan fikirkan…
Ampun maaf jika ada yang terasa hati..just berkongsi pandangan yang tersirat di hati…omputih kata”from my heart”…
Kerana itu lah wujudnya “BILA HATI MULA BERBISIK”
Salam bahagia pada yang senyum hari ini…^___^. Yang x mampu senyum..jom kita senyum ramai…xmampu juga???
Jom ingat saat manis dalam hidup kita..sy cdangkan jgn time zaman remaja kita dan keatas..kerana itu semua Cuma menimbulkan sedih anda..jom ingat time kita budak2…bestnya…ingat x???so…mari kita letak dalam minda kita..
“SAYA BAHAGIA HARI INI DAN SELAMANYA”amin…..
Ampun maaf andai tersilap kata…