Sunday 25 March 2012

❤Bahagianya Punya keluarga Bahagia❤

Entry aku malam nie nak story mengenai warga-warga kolej aku yang buat lawatan amal ke sebuah rumah anak yatim kat Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan ,seremban,negeri sembilan..Walaupun tak berpeluang nak mengikuti trip ni tetapi berdasarkan cerita, gambar dan rakaman video dari teman-teman.terasa la betapa sedih dan pilunya anak-anak ni tanpa kasih seorang ayah dan ibu..(fuh..ayat sentap dooowh..)
sempat la seseorang merakam saat anak-anak yatim ni buat persembahan..rasa sentap, terharu..semua rasa ada..
lihat la rakaman ni...
kita akan faham perasaan mereka.
(ayat sentap skli lagi..)



Time aku menulis ni, memang mutiara berharga tak dapat nak tahan-tahan dah, keluar juga dari mata ni.. Aku  benar-benar tersentuh dengan video ni sebab aku juga merasa kehilangan seorang 'mama' dan 'abah'...apatah lagi, melihat anak kecil yang di tengah-tengah tu..dari mula persembahan lagi nampak dia menahan tangis..tengah nak nyanyi "ayah dan ibu", adik-adik yang lain yang nampak lebih tabah akhirnya jatuhkan airmata gak..terasa beruntungnya hidup kita yang masih ada keluarga tersayang kan..?


[1}Demi waktu dhuha,
[2]Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3](Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4]Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5]Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
[6]Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7]Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
[8]Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9]Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10]Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11]Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

kat atas nie petikan ayat dalam surah..

Moral of the story kat sini...kepada yang masih punya ayah, ibu dan family yang sempurna..
Bersyukurlah dan hargailah mereka walau seteruk mana kita, walau seteruk mana keluarga kita..
pabila mereka dah "hilang" dari pandangan mata kita..seribu penyesalan, menangis airmata darah sekalipun tak akan mampu mengembalikan mereka yang telah tiada..

kisah aku sendiri...mama(mak angkat yg memelihara aku dari kecil) pergi ketika umur aku 8 tahun..aku membesar tanpa kasih dia(membesar dgn papa angkat dan akak angkat yg like r my mum)..menyesal..ya..sebab masa kecik2 aku kuat memberontak, nakal..
abah(ayah kandungku) meninggal ketika aku umur 19 tahun..menyesal sebab selama hidupnya aku membenci dan tak mengakui dia ayah kerana hal tertentu..Menyesal!!!tapi tak mampu mengubah apa-apa..

so...kepada yang di luar sana..sebelum u allz MENYESAL..hargailah mereka yang melahirkan, membesarkan , atau paling kurang "darah daging" korang..apapun tanpa mereka kita tak hadir kedunia..tanpa mereka kita takkan kenal keindahan pelangi, sinar matahari, keindahan alam , dan pelbagai rencah kehidupan..

JANGANlah lagi ada antara kita yang menambah populasi di rumah-rumah orang tua...
kisah yang terbaru,,tinggalkan mak kat hotel "bajet"...http://www.maklumat.my/buang-ibu-di-hotel-bajet
....sanggup sungguh...

oleh itu...Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah...

bye..jumpa lagi next entry...

No comments: