Thursday 5 July 2012

Cara Topup RM10 tahan 1 Bulan


Org kata pkai line lg save dr prepaid..tp korg msti trperanjat dgn ape yg bakal aku citerkan ni..
top-pup RM 10 tp blh tahan smpi 1 bulan tak kira la klau korg brgayut brape lama skalipun,hantar brape juta sms skalipun..

Mungkin rezeki aku aritu,pg la jmpa makcik bau2 bacang ngn aku, dia ajr camne nk crossing account,
coz dia keje kt bhgn System Development Telecom.
kekadag aku tlg gak member2 terdekat topup, tp amik untung sket aar..


Ok, secara simplenya aku terangkan kat korg, tp INGAT JGN BUAT LBIH DR 3 KALI untuk 1 nombor, coz system akan auto detect & batalkan no korg..

Timing nya, korg blh topup pertengahan ujung bulan between 25 hb keatas dlm kul 3am keats. coz dlm tempoh ni, system akan di selenggara, so ada loopholes. kene try&error..

1) beli topup RM 10... gesek & ready.
2) korg type < ** REC 10 > , then send to 09901
3) tgu reply, kat skrin akn kuar satu serial number 6 digit, korg salin tau.
4) pastu korg type < ** REC 10> <123456> msuk kan 6 digit td, send 09902
5) pastu diorag akn reply "insert ur topup num", so korg type 14 digit topup number yg korg beli cntohnya;
<01234567891023> send to 09903
6) tak lama pastu diorg akn reply;
"ingat ni company opah kau yg punya? msuk toilet pun kene byr 20sen, ni kau nk topup 10 hengget nk pkai seumur idup plak!! bnyk cantik muka kau"

hah.. tu aar, aku pun tak sngka diorg akn reply mcm tu.. kecik ati aku..
nota kaki lima : xde benda yang free kat dunia nie...papepon ringankan otak...N enjoYY..
p/s:like kalau suka...aku tau korang malas nak komen..kan..kan..?

Tuesday 3 July 2012

✖ BeNDa YanG MusTahiL

☃ speechless...
so i just share this thing to u all..
enjoy^^


Nota kepala gajah  boleh share kalau nak...Amanda pun share lepas orang sent kat Manda...
Jangan Marah2 taw....Enjoy^^◕‿◕

Wednesday 27 June 2012

Aku yang Malu....◕‿◕

lama rasanya aku tak pedulikan 
blog aku nie...
bukan dah tak cintakan lagi..
tetapi aku terhalang...
bukan terhalang oleh ibu mertuaku
(ibu mertua??mcm org dah khawin jer..calon pun tak ada...hehehe)

tetapi terhalang oleh ketandusan idea..
otak aku sekarang tak berapa nak subur sangat...

Kemarin aku pergi jalan-jalan kat satu mall nie...ye la..
saja-saja nak cuci mata yang tak berapa nak bersih nie..
maklumlah..x pakai skrin protecter..habuk melekat sesuka hati mereka..

Sempatlah satu mall tu dari tingkat paling atas hingga paling bawah...
aku pi keliling...
Berbekalkan sandwich segera yg aku beli kat giant..
dan air kopi yang aku sedia bancuh dari rumah...

Nak di jadikan cerita...
Tengah aku nak pilih baju...
maklumlah..hari nie aku ada jemputan kenduri 
khawin bapa mertua anak datuk cucu nenek datin maimon..
(x kenal dia??)
yang angkat tangan kat bahu mata ke atas tu..

back to the story...sedang aku nak pilih-pilih baju apa nak beli tu..
baru aku perasan yang ada seorang mamat nie
asyik ikut kemana-mana..
Aku jalan laju..dia pun laju..
Aku jalan perlahan..dia pun perlahan...
Aku lompat katak jer dia tak ikut lompat katak sekali...

aku pergi bahagian baju..dia ikut..
aku pergi bahagian seluar..dia ikut...
aku pergi bahagian aksesori..dia ikut..
aku pergi bahagian underwear pon...dia ikut???
ini tak boleh jadi ni....

Aku pun tarik nafas dalam-dalam...
mengingat kembali langkah-langkah taekwando
yang Mail Lambong ajar aku minggu lepas...
Aku berpusing ke belakang...

dan....

"cik nie...dari tadi ke hulu hilir kat kedai kami...
Siap lompat-lompat katak...
tapi cik tak ambil apa pun...
Cik cari apa??"

"ko ni promoter kat sini ke??"
aku bertanya dengan terketar-ketar bahasa..
macam pesakit parkinson la pulak...

"ye kak..." 


ERkkkk!!!!!!!!!!!!!!!!
promoter???
perasaannye aku...
malu dowwwww...erkkk.......

beliau nie tak ada kaitan dengan aku..
Dia malu nie tengok perempuan yang seksi..
Warak beliau nie...


Aku cepat-cepat mem"blah kan diri..
Sempat juga aku bagi mamat tadi koleksi Gambar Justin bibir
yang aku dapat kat kedai DVD tadi..
Aku yakin mamat ni peminat si justin tu..
sebab rambut agak-agak sama jer...

Aku harap-harap dengan hadiah tu dia tak cerita kejadian tadi kat orang lain..
nota gajah duduk :: cerita hanya rekaan semata-mata...semua pic aku pinjam dari uncle google...enjoy^^

Friday 6 April 2012

Surat Cinta

Entry malam nie saja-saja nak menghilangkan rawan di hati( perghh...ayat power.x boleh bla)..ok...malam nie aku nak cerita tentang kisah time alam sekolah dulu...budak sekarang rasanya dah tak der..budak sekarang reti main tagged, facebook, twitter dan yang sedunia dengannya...kan?kan?kan?...

Aku nak cerita pasal surat cinta..haha..mula teringat dah??ok...Sebab tu la budak dulu-dulu terer bab-bab karangan nie..sebab tiap masa practice la katakan..ada yang siap letak bedak..habis bedak akak atau mak dia yang di guna untuk mewangikan surat tu..bagi yang nak upgrade sikit..dorang sembur minyak wangi ler pulak..ada yang bau minyak attar pun ada..nie kes yang curi minyak wangi beliau-beliau ler tu...
biasanya si penerima surat ni memang akan share baca dengan kawan-kawan mereka. Ayat dia memang tak ada beza, yang lain intonasi baca dan cara susun ayat je..tapi maksud dia lebih kurang semua sama..
first..

boleh kita berkenalan?

lepas tu..

saya suka awak..awak suka saya??

Aku memang tak boleh blah kalau nampak ayat nie...aku pun bila baca surat-surat tu, terfikir.. Otak mereka ni tak kira lelaki / perempuan mungkin bersambung dengan microchip rahsia kot mas tulis surat tu..ayat lebih kurang je.. 

Tapi kisah utama aku nak sampaikan di sini tentang kisah aku and the geng mendajalkan orang dengan surat cinta...

First, kami reka surat yang baik punya jiwang.ayat jangan cakap, kalau kucing tu pandai baca, kucing pun tangkap lentok, siap letak minyak wangi lagi....lepas tu...aku usha2 la mana-mana kawan yang bakal jadi mangsa. 
Suatu hari tu, kami kenakan seorang budak perempuan. Dalam kelas tu, memang dia tahap suka perasan habis la. Aku letakkan surat tu dalam laci meja dia masa dia duk nak gi tandas. Kami pun duduklah tempat masing-masing buat-buat tak ada apa-apa berlaku..lama jugalah aku tunggu kedatangan dia. aku pun tak tau apa yang dia buat lama-lama kat tandas tu. .mungkin angan-angan dia panjang sangat kot kat bilik termenung tu.
adalah dalam beberapa suku jam macam tu, dia datang terkedek-kedek masuk ke kelas dan menuju meja dia..
ahhhh!!!!!sekali dia jerit...histeria ke apa(yang ini aku tambah)..terkejut budak ni dengan mata terbeliak dapat surat cinta palsu dari kami...hahaha..dari tu hingga ke lonceng balik..aku tengok dia asyik tersengih-sengih. Perasan la tu!? perbuatan nie berlansung dalam beberapa minggu,(sempatlah berbalas 2-3 surat dan sempatlah menampakkan keterperasanan budak ni dan kebolehan budak ni berpuisi..)..suatu hari tu,kami pakat bagitau hal sebenar dan ketawakan ramai2...
Akibatnya, kami di hadapkan ke depan guru disiplin sebab menulis surat cinta palsu..akibat mendajalkan orang...menyesal jadi nakal..
 Tapi kerana jasa kami tu la, maka banyak surat-surat cinta yang "betul2 punya surat cinta" di rampas dari pasangan-pasangan kekasih kat sekolah tu taw..

Nota kepala gajah::pantun ni memang sinonim dengan mamat/minah surat cinta ni..
Pecah kaca pecah gelas,
sudah baca tolong balas..

surat cinta mengasah bakat puisi budak-budak zaman dulu.....  :D

Monday 2 April 2012

aku dan Trolol...

Semalam oleh kerana kepeningan
kepala otak sebab 
assignment yang gila-gila cuaca..
aku pun buat le memes sesaja...
kat bawah ni la hasil
percubaan aku...




dua hasil kat atas just karya picisan hasil usaha aku sendiri...
dah tentu korang lagi hebat..
sebab aku just budak baru belajar..
walau apa2 pun...
sesiapa yang berminat nak cuba buat 
macam kat atas..
boleh la pergi


itu sahaja entry kali ni..
jumpa g next entry...

Nota Kepala Lutut::bahasa di gunakan dalam komik adalah "sabahan"...kalau ada yg tak faham..harap maaf..

Sunday 1 April 2012

April Fool dan Sejarah "Penyembelihan" Di sepanyol..

Hari ni aku nak tulis entry mengenai April Fool..
Semua orang tau mengenai hari nie,,,
budak sekolah rendah pun taw...
adalah budaya-budaya bodoh mengenakan orang
lepas tu menjerit "APRIL FOOL"
Dulu aku pun turut sama dalam gejala mendajalkan orang ni..
tapi apabila aku dah besar sikit..
dah tau makna di sebalik hari april fool ni...
NO APRIL FOOL!!!
dalam hidup aku...
kenapa pulak????
sebab...sejarah April fool ni sebenarnya.....
                                                    Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.





Sumber::www.mykhilafah.com.


itu sahaja perkongsian ilmu kita..jumpa lagi next entry..
fahami lah..dan renung-renungkanlah...

Saturday 31 March 2012

sambutan harijadi yang ekstrem!!

Entry hari nie aku nak cerita kisah aku masa balik dari kelas tadi..kira-kira jam 8 malam...
Memang setiap hari aku balik dari kelas area waktu tu...
tengah duduk kat bustop..elok je aku duduk tunggu bas..
sebelah aku adalah minah-minah dan mamat-mamat...
sempat la juga dengar budak sebelah nie kata yang Sorang mamat nie birthday...
oh...x kisah la...aku peduli apa...
orang kata tak baik menyibuk hal orang...

tiba-tiba aku nampak dua ekor cipan...
eh..salah..2 orang perempuan tu
elok jer datang dekat dengan budak lelaki tu...
muda dari aku minah2 dan mamat2 ni....

Tiba-tiba budak perempuan ni keluarkan satu plastik...
aku tak sangka buruk...
tak terbau pun agenda buruk 2 orang perempuan ni kat budak sebelah aku ni...
ye la..dah malang tu tak berbau..
cam ner aku nak hidu..
ye tak??..

tiba-tiba elok jer budak2 perempuan yang tak nak sama dengan perempuan ni
humban tepung kat budak sebelah aku...
dengan aku-aku sekali terkena...

terkejut aku....
nak marah ke tak..
nak marah ke tak...
last-last..aku teriak lah juga...
mencarut jangan cakap lagi...
dengan budak yang kena humban sekali aku warning...
yang geramnya, dah aku marah camtu,
boleh pulak budak perempuan tu menyisih jauh-jauh
& lansung tak minta maaf...

Sabar..sabar...sabar...
nasib aku sabar...
kalau tak...Syukur sangat-sangat di anugerahi sabar ketika tu.
tak tahu apa akan jadi kalau tak sabar..
berulang keganasan aku lepas2..
hohohohoho...taubat dah...
lagipun aku tak suka sakitkan kaum sejenis aku..
tak best nak bawa gaduh...

ok..back to topic...
Moral oF the story kat sini..
kalau nak sambut birthday cara korang...
tak salah...kadang-kadang aku pun suka nak mendajalkan orang...
tapi bukan dengan cara tak beradab sungguh begitu...
korang nak main humban tepung, telur, siram-siram...
tak salah!!!
Tapi...yg SALAH
korang buat kat tempat awam dan melibatkan orang-orang yang tidak berkenaan...
Think Before Do!
orang tua kata...
bukan aku kata...
Lagi satu..hormat orang tak kiralah tua atau muda dari kita..
dah buat salah..jangan malu dan takut kata "MAAF"
sepatah perkataan tu mampu melembutkan hati yang tengah panas...

Nota Kepala Lutut::jangan terasa baca entry nie...sekadar perkongsian cerita...
ada kena mengena dengan yang hidup tapi tidak pada yang mati..
jumpa lagi next entry

bye...