Thursday 22 March 2012

★★ Jangan Makan jika Malas BeraK★★

Amboi ganasnya bahasa....entry kali nie ada unsur-unsur "berani mati" nie..macam keganasan orang israel..
ok..ok...aku bukanlah nak cerita tentang perang-perang ni sebab aku bukan lah orang yang suka mengikuti berita-berita semasa yang berkaitan politik ni...pening aku nak fahamkan peel orang-orang politikus ni..

kat sini aku nak cerita tentang sikap malas...aku yakin dan percaya sikap yang satu ni semua orang ada...bezanya samaada orang tu pelihara sikap tu atau tak...

ada pula yang tak tahu malas tu apa??ye la..golongn ni yang suci murni...

kalau korang pernah buat perkara antara yang di bawah nie..korang mungkin tergolong dalam sikap yang MALAS..
  • kalau korang makan, pinggan tempat korang makan tu,,,menyempat sang ulat nak buat pinggan tu tempat habitat pembiakan mereka.
  • korang selalunya mandi seminggu atau sebulan kali...teruk benar la tu malasnya...
  • kalau korang basuh baju, mesti seminggu sekali atau sebulan sekali...atau kalau dah banyak duit tu, korang hari-hari hantar dobi..
  • kalau nak ambil barang yang dekat pon,, korang guna benda yang panjang tuk ambil benda tu,,sebab malas nak angkat punggung..
  • baju yang korang pakai, kalau bersih..korang akan pakai tuk hari yang seterusnya..dengan alasan tak banyak baju nak basuh..
  • kalau korang lapar..korang sanggup tahan lapar sebab malas nak masak atau malas nak menapak pergi beli makanan..
  • kalau korang tak ada duit..korang sanggup tebalkan muka pinjam duit untuk belanja awek..
  • kalau korang hari-hari kena leter oleh mak ayah korang sebab kononnya korang malas...
  • dan....Lu fikirla sendiri (kata Nabil)...

di sini aku nak share satu petua untuk memudahkan orang malas..
  • korang tak payah buat kerja yang perlukan korang buat kerja dua kali...contoh...
kalau korang malas nak cuci pinggan lepas makan..korang pakai jer cawan & pinggan kertas..dah guna terus buang..tak payah basuh-basuh...(lebih kurang macam korang tak payah makan kalau malas nak berak...)
time kecik-kecik kalau aku malas nak cuci pinggan lepas makan..papa aku kata macam ni kat aku.. " adik, kalau malas tu di pelihara sangat,, t bapa bagi kau guna tempurung kelapa...smart tu..mau"

terus aku terdiam seribu bahasa tyme tu..

apa-apa pun...jangan lah terasa hati baca entry kali ni...just untuk peringatan kepada diri saya sendiri dan u all...
sama-sama la kita muhasabah diri..

◕‿◕ PEACE NO FIGHTING ◕‿◕
bye...

No comments: