Saturday 31 March 2012

sambutan harijadi yang ekstrem!!

Entry hari nie aku nak cerita kisah aku masa balik dari kelas tadi..kira-kira jam 8 malam...
Memang setiap hari aku balik dari kelas area waktu tu...
tengah duduk kat bustop..elok je aku duduk tunggu bas..
sebelah aku adalah minah-minah dan mamat-mamat...
sempat la juga dengar budak sebelah nie kata yang Sorang mamat nie birthday...
oh...x kisah la...aku peduli apa...
orang kata tak baik menyibuk hal orang...

tiba-tiba aku nampak dua ekor cipan...
eh..salah..2 orang perempuan tu
elok jer datang dekat dengan budak lelaki tu...
muda dari aku minah2 dan mamat2 ni....

Tiba-tiba budak perempuan ni keluarkan satu plastik...
aku tak sangka buruk...
tak terbau pun agenda buruk 2 orang perempuan ni kat budak sebelah aku ni...
ye la..dah malang tu tak berbau..
cam ner aku nak hidu..
ye tak??..

tiba-tiba elok jer budak2 perempuan yang tak nak sama dengan perempuan ni
humban tepung kat budak sebelah aku...
dengan aku-aku sekali terkena...

terkejut aku....
nak marah ke tak..
nak marah ke tak...
last-last..aku teriak lah juga...
mencarut jangan cakap lagi...
dengan budak yang kena humban sekali aku warning...
yang geramnya, dah aku marah camtu,
boleh pulak budak perempuan tu menyisih jauh-jauh
& lansung tak minta maaf...

Sabar..sabar...sabar...
nasib aku sabar...
kalau tak...Syukur sangat-sangat di anugerahi sabar ketika tu.
tak tahu apa akan jadi kalau tak sabar..
berulang keganasan aku lepas2..
hohohohoho...taubat dah...
lagipun aku tak suka sakitkan kaum sejenis aku..
tak best nak bawa gaduh...

ok..back to topic...
Moral oF the story kat sini..
kalau nak sambut birthday cara korang...
tak salah...kadang-kadang aku pun suka nak mendajalkan orang...
tapi bukan dengan cara tak beradab sungguh begitu...
korang nak main humban tepung, telur, siram-siram...
tak salah!!!
Tapi...yg SALAH
korang buat kat tempat awam dan melibatkan orang-orang yang tidak berkenaan...
Think Before Do!
orang tua kata...
bukan aku kata...
Lagi satu..hormat orang tak kiralah tua atau muda dari kita..
dah buat salah..jangan malu dan takut kata "MAAF"
sepatah perkataan tu mampu melembutkan hati yang tengah panas...

Nota Kepala Lutut::jangan terasa baca entry nie...sekadar perkongsian cerita...
ada kena mengena dengan yang hidup tapi tidak pada yang mati..
jumpa lagi next entry

bye...

Thursday 29 March 2012

Hak Awam yang di privatekan...

opppsss...entry aku bukan pasal vandalisme nie...tapi pasal "harta awam"
kat dalam hostel...atau di mana2 tempat yang "berkongsi"....
ermm...memang anti tentang nie...
aku baru jer nak terkedek-kedek...
menuju mesin basuh...
nak membasuh le konon..
buka mesin tu, elok jer 2-3 ekor katak..
baju dan yang se"dunia"
dengannya terletak elok je dalam tu...
Tuan punya semua tu hilang ntah ke mana..

Suka sangat libatkan aku..Tumbuk nak?!

Dah taw benda tu harta awam...jangan la nak "privatekan" lak...
kalau nak yang PRIVATE gak..
p beli n letak elok2 dalam bilik..
suka hati nak letak ayam,kambing,lembu kat situ...


MOOD: tensen + stress + grrrrrr.....kesabaran di perlukan...

Tuesday 27 March 2012

Cara Nak Printscreen

hari ni rajin bebenor aku nie menulis...
Mood apa ntah...Aku pun tertanya-tanya ni..
ok..entry ni pula aku nak kongsi cara-cara nak printscreen
pada yang tak tahu...
Aku pun baru tahu hari nie...
terasa betapa "katak" nya aku ni...
katak apa?
kalau dulu "katak bawa tempurung"..
tapi sekarang..
dah katak dalam bangunan daa...
ok..back to topic...

Mula-mula..Korang pergi page yang korang nak printscreen..
contoh..

dah tahu nak printscreen apa...
Korang cari button "PrntScr" kat keyboard tu..
dan tekan..
lepas tu...
klik button "Start" kat hujung sudut sebelah kiri tu...
kemudian, cari " program "paint"


dah jumpa...?
Ctrl + v kat ruang paint tu..

dan simpan..
siap..!!!

ok..jumpa lagi next entry..
bye..

Monday 26 March 2012

↘Cara Nak Tukar cursor Blog↙

Coca-ColaEntry malam ni simple aje...

aku nak share cara nak tukar Cursor blog korang....
nak yang bunga2/buah2 ke...
nak yang love2 ke...
nak yang kartun2 ke...
Macam-macam cursor boleh...
bagaimana???
jom baca... 

Mula-mula korang g link nie..


kat link nie korang boleh jumpa macam-macam bentuk cursor yang korang inginkan..

kemudian pilih salah satu cursor yang korang minat
Langkah seterusnya, pergi akaun blog korang..
pergi ke <design>...
seterusnya pergi ke <page element>
lepas tu, < add gadget>
Pilih <HTML/javascript

korang copy paste je kod yang di beri... tetapi JANGAN ambil semua kod..korang kena edit dan ambil seperti kod di bawah sahaja..

contoh:
Yang di beri..
<style type="text/css">body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/special/spe-5/spe440.cur), progress;}</style><a href="http://www.cursors-4u.com/cursor/2011/11/19/i-love-cats.html" target="_blank" title="I Love Cats"><img src="http://cur.cursors-4u.net/cursor.png" border="0" alt="I Love Cats" style="position:absolute; top: 0px; right: 0px;" /></a>

yang korang kena ambil...
<style type="text/css">body, a:hover {cursor: url(http://cur.cursors-4u.net/special/spe-5/spe440.cur), progress;}</style>


save
Siap !!


harap bermanfaat untuk semua

sampai jumpa lagi next entry
bye...

Sunday 25 March 2012

❤Bahagianya Punya keluarga Bahagia❤

Entry aku malam nie nak story mengenai warga-warga kolej aku yang buat lawatan amal ke sebuah rumah anak yatim kat Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan ,seremban,negeri sembilan..Walaupun tak berpeluang nak mengikuti trip ni tetapi berdasarkan cerita, gambar dan rakaman video dari teman-teman.terasa la betapa sedih dan pilunya anak-anak ni tanpa kasih seorang ayah dan ibu..(fuh..ayat sentap dooowh..)
sempat la seseorang merakam saat anak-anak yatim ni buat persembahan..rasa sentap, terharu..semua rasa ada..
lihat la rakaman ni...
kita akan faham perasaan mereka.
(ayat sentap skli lagi..)



Time aku menulis ni, memang mutiara berharga tak dapat nak tahan-tahan dah, keluar juga dari mata ni.. Aku  benar-benar tersentuh dengan video ni sebab aku juga merasa kehilangan seorang 'mama' dan 'abah'...apatah lagi, melihat anak kecil yang di tengah-tengah tu..dari mula persembahan lagi nampak dia menahan tangis..tengah nak nyanyi "ayah dan ibu", adik-adik yang lain yang nampak lebih tabah akhirnya jatuhkan airmata gak..terasa beruntungnya hidup kita yang masih ada keluarga tersayang kan..?


[1}Demi waktu dhuha,
[2]Dan malam apabila ia sunyi-sepi -
[3](Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik).
[4]Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya.
[5]Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati.
[6]Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan?
[7]Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)?
[8]Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan?
[9]Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
[10]Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik;
[11]Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.

kat atas nie petikan ayat dalam surah..

Moral of the story kat sini...kepada yang masih punya ayah, ibu dan family yang sempurna..
Bersyukurlah dan hargailah mereka walau seteruk mana kita, walau seteruk mana keluarga kita..
pabila mereka dah "hilang" dari pandangan mata kita..seribu penyesalan, menangis airmata darah sekalipun tak akan mampu mengembalikan mereka yang telah tiada..

kisah aku sendiri...mama(mak angkat yg memelihara aku dari kecil) pergi ketika umur aku 8 tahun..aku membesar tanpa kasih dia(membesar dgn papa angkat dan akak angkat yg like r my mum)..menyesal..ya..sebab masa kecik2 aku kuat memberontak, nakal..
abah(ayah kandungku) meninggal ketika aku umur 19 tahun..menyesal sebab selama hidupnya aku membenci dan tak mengakui dia ayah kerana hal tertentu..Menyesal!!!tapi tak mampu mengubah apa-apa..

so...kepada yang di luar sana..sebelum u allz MENYESAL..hargailah mereka yang melahirkan, membesarkan , atau paling kurang "darah daging" korang..apapun tanpa mereka kita tak hadir kedunia..tanpa mereka kita takkan kenal keindahan pelangi, sinar matahari, keindahan alam , dan pelbagai rencah kehidupan..

JANGANlah lagi ada antara kita yang menambah populasi di rumah-rumah orang tua...
kisah yang terbaru,,tinggalkan mak kat hotel "bajet"...http://www.maklumat.my/buang-ibu-di-hotel-bajet
....sanggup sungguh...

oleh itu...Renung-renungkan dan fikir-fikirkanlah...

bye..jumpa lagi next entry...