Friday 16 December 2011

percayakah Anda?

Amanda ada beli remaja keluaran 1 disember 2011. Bukan latest lagi dah tetapi Amanda nak Juga share ilmu kat yang x Ada beli tu...

Inilah Cover majalah remaja edisi 1 disember ni..

apa yang Amanda nak kongsi....

1. Derma Darah...
Takut! mungkin itu salah satu perasaan kamu yang tidak pernah menderma darah. Jangan begitu. Menurut pakar psikologi Pusat Darah Negara, mereka yang menderma darah boleh meransang badan dan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Seterusnya meningkatkan tahap kesihatan penderma. Kamu tidak perlu risau akan kekurangan darah kerana badan menghasilkan banyak sel darah yang baru setiap hari mengantikan sel yang mati. Tambahan pula, kamu akan diberikan pil zat besi dan asid folik untuk meransang badan seterusnya membantu merendahkan risiko sakit jantung.

2. Batuk dan Jantung...
Apabila seseorang batuk dengan kuat, dia sebenarnya mengepam darah pada seluruh badan dan otak. Batuk yang dilepaskan mengikut tempoh masa tertentu akan membuatkan pesakit tersebut berada dalam keadaan sedar dan mencapai kadar denyutan yang berkesan.

3. Bersujud dalam solat
Ibadah solat bagi orang islam adalah salah satu cara mendekatkan diri dengan Pencipta. Dari segi fizikalnya pula bersujud mampu melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Kelebihan bersujud ialah dapat memperbaiki kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya, dapat melegakan sakit hernia, dapat melegakan paru-paru daripada ketegangan, kedudukan sewaktu bersujud baik untuk berehat dan mengimbangi lingkungan bahagian belakang tubuh, dapat memudahkan tidur, dan dapat mengelakkan pendarahan otak jika komplikasinya berlaku secara tiba2.

4. Tidur dalam gelap
Memadamkan lampu ketika tidur malam bukan sahaja membuatkan kamu tidur lena sepanjang malam tetapi ia juga dapat mencegah penyakit seperti kanser payudara atau kanser prostat. Ini kerana hanya dalam keadaan gelap, tubuh dapat menghasilkan hormon melantonin yang dapat mencegah penyakit. Cahaya Lampu atau cahaya dari televisyen boleh menyebabkan hormon semakin lemah. Oleh itu, demi meningkatkan kesihatan tubuh tidurlah dalam kegelapan...

5. lidah dan hidung
lidah anda tidak akan dapat sampai mencecah ke hujung hidung anda kecuali lidah anda serupa cicak atau katak.Hal ini kerana, lidah manusia tidak sama dengan spesis berdarah sejuk tersebut.Anda boleh cuba sendiri..





6. sekarang masukkan lidah anda balik...dan percayakah anda,,anda akan automatik senyum dan ketawa membaca fakta yang ke-6 ini...kerana fakta ke-5 dan ke-6,saya tambah sendiri...smile^____^...jangan marah2 ye...

No comments: