Thursday 22 December 2011

Cerita Asam Jawa



knpa tiba2 Amanda nak tulis entry nie?al-kisahnya,,,Amanda baru sembuh dari demam..nie nak cerita nie..Amanda sorang2 kat umah, nak P klinik x der yang sudi nak bawa..mcm2 cara Amanda buat...basahkan tuala letak kat kepala, makan panadol,,minum air masak, x juga kebah2 demam nie...Amanda pun kol la my sis...gtaw keadaan Amanda...gtaw dah mcm2 cara Amanda buat..at last, my sis kata, try petua org tua2 nie...guna air asam jawa lap kat kepala..N hasilnya...seminit,,dua minit...10 minit...eh????panas kat kepala dah hilang...maka, Amanda pun tertarik nak tulis pasal asam jawa nie...Amanda pun cari la maklumat pasal benda nie...N kat bawah nie apa yang Amanda jumpa...


Nama lain dari asam jawa ini adalah
  • Tamarindus indica
  • Tangkal asem (Sunda)
  • Celagi
  •  Acem
ASAM JAWA
Dikenali sebagai Tamarindus indica dan nama inggerisnya pula pula ialah tamarind. Asam jawa tumbuh liar di kawasan barat India dan di benua Afrika bahagian selatan gurun Sahara.
Pokok asam telah lama ditanam di negara India dan sekarang boleh didapati dikebanyakan kawasan tropika di benua Asia,Afrika dan Amerika.Daun pokok asam adalah malar hijau serta mempunyai banyak anak daun yang halus,berwarna hijau muda dan menjadi hijau tua apabila telah matang.
Buah asam jawa tergolong dalam jenis kekacang yang bengkok, isinya berketul-ketul dan berwarna perang seperti kayu. Isi buah mudanya berwarna hijau dan bertukar menjadi coklat apabila buahnya masak
Pokok asam tumbuh paling baik dalam musim kemarau yang nyata tetapi sederhana. Di Malaysia, pokok asam ditanam atau tumbuh sendiri, tetapi jarang dijadikan sebagai sumber ekonomi. Terdapat beberapa jenis pokok asam, tetapi biasanya dibahagikan kapada dua, iaitu jenis yang manis dan yang masam. Buah pokok asam manis banyak dijual di Thailand yang dimakan sebagai manisan. Tidak lama dahulu Kementerian Pertanian Malaysia menggalakkan penggunaan asam jawa sebagai minuman bentuk jus. Asam jawa merupakan sejenis ramuan masakan yang terkenal dikalangan masyarakat Melayu. Biasanya asam jawa akan dilarutkan ke dalam air dan hanya airnya digunakan dalam masakan. Hampasnya pada kebiasaannya dibuang. Selain digunakan dalam masakan, asam jawa juga boleh dimakan begitu sahaja ataupun dengan ditambah dengan gula.


Khasiatnya...
DEMAM PANAS
Bagi anak-anak kecil yang kadang-kala mengalami demam panas ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas di dalam semangkuku air. Kemudian air tersebut dilumurkan di atas kepala bayi anda sambil disertakan selawat .

SAKIT PERUT
Ambillah segenggam asam jawa yang kemudiannya diramas dan disapukan air tadi di perut dan kemudian biarkan seketika sebelum dibilas dengan air yang bersih. Cara ini sesuai diamalkan oleh kanak-kanak dan orang dewasa.

SAKIT ASMA
Bagi yang sakit asma pula anda rebuslah dua (2) potong kulit asam jawa dengan satu (1) liter air sehingga ia mendidih kemudian di ditapis. Minumlah air rebusan tersebut sebanyak dua (2) kali sehari.

BATUK/PERIT TEKAK
Selain itu asam jawa juga digunakan secara tradisional bagi mengubat batuk dan perit tekak. Caranya dengan mengambil air asam jawa, dicampukan bersama gula dan air. kemudian ditapis, minum seperti biasa.


LUKA/BISUL
Manakala daun muda asam jawa juga boleh ditumbuk lumat dan di tampal untuk mengubati penyakit reumatisme, luka dan bisul.

ALERGI/BIDUREN
Ambillah 2-3 golong buah asam jawa yang telah tua, garam secukupnya, 1/4 senduk kapur sirih. Caranya semua bahan tersebut direbus dengan 3 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal 2 gelas dan disaring. Kemudian diminum dua (2) kali sehari, pagi dan petang.

BENGKAK DISENGAT LIPAN ATAU LEBAH
Sediakan 3-5 biji asam jawa dan minyak kayu putih secukupnya. Biji asam jawa tadi ditumbuk halus. Kemudian bahagian yang bengkak itu dibersihkan terlebih dahulu dengan kain dan dibasahkan kain tersebut bersama dengan minyak kayu putih. Selepas itu taburkan atau tempelkan bahan tersebut diatas bahagian anggota yang bengkak.


Maklumat di atas hanyalah untuk rawatan alternatif / sementara sahaja.
Jika keadaan masih tidak reda juga, anda adalah dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor.


SELAMAT MENCUBA!

No comments: