Saturday 10 December 2011

Simbolik Bila Hati Mula Berbisik...

Hai…salam sayang semuanya..hari nie Amanda nak cerita tentang mengapa Amanda pilih “Bila Hati Mula Berbisik”..
You allz mesti tahu “HATI” tu apa,kan? Amanda ingat lagi…time kecik2 dulu, kawan2 Amanda,(termasuk lah Amanda sendiri suka lukis bentuk “love” tuk gambarkan bentuk hati kononnya. Amanda percaya orang2 sekarang pun still guna cara yang sama…

Hati tue apa? Apa yang istimewa sangat tentang hati nie…sedangkan Cuma organ kecil dalam badan manusia???

Nabi Muhammad s.a.w bersabda ;
“Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baik lah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah HATI.”(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu’man bin Basyir)..


Kerana hal ini lah mengapa hati begitu penting…
Amanda memilih “bila hati mula berbisik”…hati ada mulut ke nak main bisik2…kita boleh dengar ke suara hati??kalau itu berlaku, maka terkejut beruklah kita ya….???(~~marah beruk x pasal2 kena kaitankan~~,maaflah beruk2 seantero dunia ya)

Maksud Bila Hati Mula Berbisik simboliknya ialah Amanda menulis dari hati tulus..kita semua menulis datang dari hati,,,eh…x la,,I menulis dari apa I fikirkan.(ada yg jawab begitu)..Ya, betul tak salah tu akak2,abang2,adik2…

Tapi sebenarnya semua menulis dari hati…tengok kat Facebook..sy memerhati dan alami sendiri…semua orang menulis menggunakan hati…bezanya adakah diiringi akal atau tidak?eh…betul ke begitu???nak contoh?

Menulis dengan hati tanpa akal: “Bencinya…x287**##5%6*2….hujan pulak..habis basah baju…”
Atau s**t…H****m J***h punya org..selipar buruk mickey mouse aku pun nak diambil?”
(itu contoh org yang menulis betul2 dr hati tanpa akal..jangan nak marah dulu ek..sy pun kadang2 tersilap..kadang terlajak laku..)

Menulis dengan hati dan akal yg waras: mereka menulis berkongsi pendapat dan ilmu dengan semua org…termasuklah komen2 santai mereka…tapi apa yang mereka rasa kat hati di tapis oleh akal yg waras..x fham?begini contohnya:
Post kat facebook by Bujang terlajak:hari ni jom g ceramah motivasi ramai2
Komen by jiwa kacau: blah la..engkau nak tunjuk baik lah tu..
Komen by Bujang Terlajak: ye encik..silalah datang. Harap dapat sama2 bukakan minda.
(ini sedikit contoh…jika si Bujang terlajak ni guna hati tanpa akal..mesti dia dah komen “s**l f**k **u kau sana!!!”..)
Nak contoh lebih..jom kita lihat sekeliling kita…

Maka,dengan itu…sy menulis dengan simbolik yg sama..apa yang jari jemari saya mainkan di atas keyboard nie..semuanya datang dari hati..bukanlah hati nie main bisik2 kat Amanda..tpi apa yang Amanda rasa dan fikirkan…
Ampun maaf jika ada yang terasa hati..just berkongsi pandangan yang tersirat di hati…omputih kata”from my heart”…
Kerana itu lah wujudnya “BILA HATI MULA BERBISIK”
Salam bahagia pada yang senyum hari ini…^___^. Yang x mampu senyum..jom kita senyum ramai…xmampu juga???
Jom ingat saat manis dalam hidup kita..sy cdangkan jgn time zaman remaja kita dan keatas..kerana itu semua Cuma menimbulkan sedih anda..jom ingat time kita budak2…bestnya…ingat x???so…mari kita letak dalam minda kita..
“SAYA BAHAGIA HARI INI DAN SELAMANYA”amin…..
Ampun maaf andai tersilap kata…




















No comments: