Sunday 30 June 2013

8 cara mengenalpasti lelaki penyayang

  • Suka Haiwan

Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang sukakan binatang, kita boleh tengok
reaksi dia bila ada haiwan ni sebagai contoh dikedai makan, ada kucing datang
mengiauwww kat kaki lelaki tu, ada yang sepak terajang dan halau kucing tu, ada
pulak yang bercakap dengan kucing tu ” kenapa?..lapar ye..nah amik ni..” sambil
beri tulang atau isi makanan. Haa, boleh tau ke mana yang penyayang?. Lagi satu
contoh mudah, lelaki yang ada bela haiwan peliharaan lagi lah menyerlah sifat kasih
sayang dia.

  • Suka Kanak-Kanak
Lelaki yang suka akan kanak-kanak berpotensi menjadi bapa yang baik. Ini kataDr.Fadilah Kamsah. Sifat kasih sayang dan layanan baik terhadap kanak-kanak
sudah sukup mencerminkan dirinya kategori lelaki yang bagaimana.

  • Berat Akan Orang Tua
Lelaki yang penyayang adalah lelaki yang berat akan orang tuanya. Seperti dia
lihat ibunya terkontang-kanting mengangkat kain dijemuran, perasaan tak sampai
hati yang wujud mendorongya membantu. Mereka juga akan sedaya upaya
meringankan beban orang tuanya tanpa mengharap balasan.

  • Berat Akan Adik-Adik
kita cuba tengok hubungan dia dgn adik. Tengok samada adakah hubungannya
dengan adik rapat dan adik-adiknya menyukainya?. Perhatikan samada mereka
bergurau senda atau tidak atau hanya membuat bodoh saje bila si adik ingin
beramain dengannya.. Jika ya, maka dia merupakan lelaki penyayang. Ini berbeza
dengan lelaki yang tak suka bermain-main atau melayan karenah adik kecilnya
menunjukkan sifat penyayang dalam dirinya kurang

  • Prihatin Terhadap Kawan-Kawan
Lelaki yang penyayang juga selalu bersikap prihatin atas kesusahan rakan-
rakannya. jika ada yang meminta tolong dia tak ragu-ragu membantu sedaya boleh.
Baginya kawan juga perlu ada dalam hidup dan perlulah ada sikap bantu-membantu
dan tidak pentingkan diri. Tetapi biarlah berpada, bukannya setiap kali dia sahaja
menolong atau tak pernah langsung menolong. Perlu ada sifat timbangrasa.

  • Pandai Menjaga Hati Pasangan
Lelaki yang penyayang memang pandai mengambil hati pasangannya. Tengokklah
bila pasangannya sedang berduka, pandai sahaja dia membuat humor untuk
menghiburkan hati pasangannya. Kadang-kadang dia suka membuat kejutan
bertujuan menggembirakan pasangannya. Jika pasangannya sedih dia juga tidak
senang hati

  • Susah Marah
Lelaki yang penyayang sudah tentunya lelaki yang tidak panas baran dan cepat
melenting. Kerana hal kecil pun nak melenting seperti terlewat berjumpa, atau
tercalarkan keretanya. Lelaki yang cepat melenting macamni korang berhati-hati la..

  • Sentiasa Murah Dengan Senyuman
Kita tengok lelaki tu sejuk je..sentiasa senyum je selalu. Memang tak lokek
langsung!.. Ini menandakan dia seorang lelaki yang penyayang. Senyuman yang
diukir bertujuan mewujudkan elemen kemesraan kepada sesiapa yang
memandangnya. Sebolehnya dia nak menegur semua orang dan berhubungan baik
dengan semua orang. Tidak mahu mewujudkan unsur kebencian.

=========================
setakat nie sahaja manda konsikan..tapi jgn cepat menilai taw..manusia nie boleh berubah..& yang penting banyak yang pura2 taw...^^ bye..jumpa lagi next entry..

1 comment:

Peguam Bisaya said...

Hai adik chomellll apa khabarrnya??